PENGALAMAN BERCUTI KE
KUALA TERENGGANU . Assalamualaikum. Baru berkesempatan nak
menulis tentang percutian ke Kuala Terengganu. Dalam kamus Cik Rose dan suami,
tak ada nama percutian yang dirancang. Semuanya mengejut. Suprise je
sokmo.
Jadi, memang tiada sebarang perancangan, tiada booking-booking, tiada google-goole tempat menarik. Main redah je. Dah sampai nanti, baru kita fikir bab nak tidur mana. Nak makan mana. Nak jalan mana. Yang pasti tarikh pergi dan balik sudah ditetapkan. Yes, itulah kami. Tak ada berpeluang nak rasa offer-offer bagai tu. Maklumlah, nak yang murah sikit selalu kan kena booking dulu.
Tapi, Cik Rose ok jer. dah sebati dengan konsep main terjah. Zaazzz. hihi.
Alkisahnya, cuti raya cina yang lepas. Kebetulan suami pun cuti. Jarang-jarang
dia nak dapat cuti sama dengan Cik Rose tau. Bila dah dapat, rasa macam
bermimpi. So, tiba-tiba Terengganu jadi pilihan. Seumur hidup kami, memang tak
pernah jejak ke sana.
Jam 10.30 pagi macam tu kami bergerak dari Batu Pahat, ikut jalan Segamat -Gambang- dan LPT. Pertama kali melalui jalan tu, membuatkan Cik Rose rasa lamanya nak sampai. hihi. Asyiklah tengok jam. Berhenti seketika sebelum naik highway pantai timur. Dah separuh perjalanan. Kemudian, teruskan perjalanan. Highwaynya lapang sahaja, tak banyak kenderaan pula.
Sempat lagi beli Teh Ais Pyorr buat bekalan. hihi. Sedap terbaik!
Sampai di Kuala
Terengganu dalam pukul 5.30 petang macam tu. Alhamdulillah, selamat
sampai.Cuaca pun elok je petang tu. Cik Rose selitkan beberapa keping gambar di
sini. Buat kenangan sendiri.
Lokasi
pertama adalah ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu.
Alamat
Taman Tamadun Islam Terengganu:
Pulau Wan Man, Losong Panglima
Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Harga tiket untuk dewasa adalah RM24.10 seorang. Apa
yang korang akan dapat? Masuk ke Taman Monumen, passport, voucher percuma
makanan dan voucher diskaun RM2 untuk cenderahati. Kanak-kanak 7 tahun hingga
12 tahun dan warga emas (60 tahun ke atas) pula dikenakan bayaran sebanyak
RM17.80. Bawah 7 tahun, percuma di bawah pengawasan ibu bapa.
Tadaa, passport Cik Rose.
Dalam Taman Monumen ni,
korang dapat lihat senibina Islam. Memang cantik dan menariklah.. Untuk yang
suka bergambar, boleh sangat masuk. Puaslah korang bergambar dalam tu. Cik Rose
kan suka bergambar, so memang banyaklah gambar yang di ambil. Setiap
bangunan kalau boleh nak ambil.
Tapi, memandangkan sampai
dah lewat, tak dapatlah berlama-lamaan di dalam taman tu. Taman Monumen ni
tutup pada jam 7 malam.
Review Cik Rose.
Untuk yang pertama kali datang dan mempunyai bajet lebih,silakan masuk. Tapi, Cik Rose tak cadangkan pada yang tak minat bergambar dan datang dalam keluarga yang besar untuk masuk. Sebab apa? Sebab kurang menarik. Tiada apa-apa tarikan dalam tu, hanyalah bangunan senibina. Jadi, untuk budak-budak memang akan bosan rasanya. Dan untuk warga tua yang tak larat nak berjalan, tak singgah pun tak apa.
Janganlah kata Cik Rose tak bagi masuk pula. hihi. Nak masuk, silakan. Sesekali kan. Masa Cik Rose masuk tu, tak ramai orang pun.
Bangunan dalam tu pun banyak yang dah lusuh warnanya dan dalam proses pembaikan. ada bangunan yang Cik Rose tak dapat nak tengok secara dekat.
Untuk yang memang nak bercuti ke sana, silakan masuk dan rasai sendiri pengalaman anda. Untuk yang tak berpeluang lagi sampai ke sana, Cik Rose belanja gambarlah. hihi. Apa ada hal kan. Belanja sikit. hikhik.
Apapun, memang puaslah
bergambar. hikhik. Dah ambil banyak gambar, makanya letak di blog pun banyaklah,
buat kenangan kan.
Separuh dari Masjid
ini dalam proses pembaikan juga. Seronok Cik Rose tatkala melihat masjid ini.
Cantik. Sempat membeli kopiah buat ayah dan ayah mertua di sini.
Tak nak lepaskan peluang
juga bergambar di sini. Banyak gambar yang Cik Rose ambil.
Jam 7 malam, kami mula
bergerak ke bandar untuk mecari hotel. Alamak, banyak dah habis. Full pulak
hotel. Maklumlah cuti raya cina. Berpusing-pusing sekitar bandar, akhirnya kami
jumpa juga hotel yang masih ada bilik.
N & L Hotel. Tapi, dapat bilik yang tak ada tingkat. Korang bayangkan, rasa terkurung pula Cik Rose. hahaha.Apapun syukur Alhamdulillah, sebab ada bilik nak bermalam kan. Servis bagus, Cik Rose cadangkan hotel ni kalau korang ke sana.
Dalam jam 8.30 malam
kami pun keluarlah. Buat apa? Buat apa lagi, cari makanlah. hihi. Sempat
singgah ke Dataran Syahbandar di Kuala Terengganu. Jalan-jalan ambil
angin malam jer.
~ ~ ~
04.02.2019 (Isnin)
Bangun pagi, terus check out. Dan terus menuju mencari sarapan pagi. Keluar dari hotel menuju ke bandar, nampak sebuah gerai. Memang ramai betul orang di gerai tu. Beratur panjang. Menjual nasi kerabu. Patutlah ramai.
Tak sanggup nak bersesak, jadi kami ambil inisiatif ke gerai lain. Sampai di satu gerai ni, ramai juga orang tapi tak adalah sampai panjang beraturnya.
Cik Rose pesan nasi kerabu. Rupanya gerai ni tak ada menjual nasi kerabu. Hanya ada nasi minyak dan nasi lemak. Oh patutlah gerai tadi ramai orang. Mungkin gerai tu hanya menjual nasi kerabu.
Jadinya, Cik Rose pesan nasi minyak dan suami pula hanya makan kuih. Juga nescafe tarik. Leganya tekak dapat menghirup nescafe tarik. Rasa bertenaga. hihi.
Kuih yang suami Cik Rose makan. Tak pasti apa nama kuihya. Tapi, rasanya tawar dan di makan dengan air gula merah. Jadi, manisnya seimbang.
Inilah dia nasi minyak
yang Cik Rose makan tu. Nyum nyum. pagi-pgi hari dah makan nasi. Aduhai. Macam
kerja berat suami Cik Rose cakap. Hahaha. Ala, dah alang-alang ke negeri orang,
apa salahnya kita merasa kan. Nanti, tak tahu bila pula dapat sampai ke sana.
Selepas bersarapan,
kami menuju ke Pantai Batu Buruk. Oh dekat sahaja. Dek kerana sampai awal, jadi
orang pun tak ramai. Cuaca agak panas, oklah kan. Tak hujan. Jadi, boleh
jalan-jalan santai di tepi pantai. Cik Rose ni sejenis penakut air. Bila nampak
bendera merah berkibar tepi pantai, terus ajak suami balik. Hahaha.
Musim panas tapi berangin. Jadi, waktu yang tepat nak bermain wau dan layang-layang. Memang banyak dijual di sana. Cik Rose dapat rasakan kemeriahannya di waktu petang.
Apalagi, Cik Rose sebagai jurugambar menjalankan tugas. hihi. Semua gambar nak di ambil. Pening suami melayan. hikhik.
Nak cuba celup tepung. Kami order udang dan sotong celup tepung. Ikan tak orderlah pulak. Nyum nyum sedap, makan panas-panas tu. Rangup je. Udang sotong pun fresh.
Oh lupa nak cerita,
sebelum ke Pantai Teluk Ketapang tu, sempat kami bungkus nasi kerabu. Di mana?
Ingat tak tadi Cik Rose cerita gerai yang orang beratur panjang tu? Gigih suami
cik Rose beratur tau. Nasi kerabu ayam untuk Cik Rose. Nasi kerabu daging
kambing untuk suami. Alahai sedap betul. Patutlah jadi tumpuan ramai.
Selepas tu, pergi pula
ke Pasar Payang. Jalan sesak sangat menuju ke situ. Ramainya orang. Berapa kali
pusing meredah jalan jammed untuk mencari parking. Rezeki kami, dapat parking
yang dekat dengan bangunan Pasar Payang. Itupun setelah Cik Rose ubah kon
jalan. hahhaha. Ampun.. Keadaan memaksaku.
Jalan-jalan sekejap je. Tak banyak membeli. Kurang bajet. hikhik. Tengok-tengok apa yang menarik. Sekadar membeli kain batik buat mak dan mak mertua. Dan juga keropok keping. Bila nak keluar dari Pasar Payang, ternampak pulak mangga dan baby nenas tu. Beli sikit buat rasa-rasa.
Keropok lekor dari
Terengganu. Sedap. Lembut je. Sos dia tu yang sedap tau.
Lepas je selesai di Pasar
Payang, kami menuju ke Pantai Kuala Ibai. Jalan-jalan dan basahkan tekak dengan
aiskrim gulung. Lega tekak. Nyaman.
Inilah dia aiskrim
gulungnya. Sedaplah bila makan dalam cuaca panas kan. Alhamdulillah.
Kalau nak tahu, di sepanjang persisiran Kuala Ibai ni,
ada gerai jual makanan dan minuman. Aih macam-macam ada.Pilih, pilih, jangan
tak pilih gitu. hihi.
Berhampiran pantai Kualai
Ibai ni, terletak Masjid Terapung atau dikenali dengan Masjid Tengku Tengah
Zaharah. Cantik sangat.
Selesai melawat Masjid
tersebut, kami meneruskan perjalanan, dan singgah di beberapa lagi pantai. Di
Terengganu ni banyak pantai. Seronok, sejuk je kena angin laut. Kalau lama
sikit di sana, pasti Cik Rose dah berlama-lamaan di sana. Tapi, dek kerana
mengejar masa, singgah sekejap sahaja.
Dalam perjalanan balik, singgah di gerai tepi jalan
beli keropok lekor. Aduhai, sedapnya keropok Terengganu.
Pada keseluruhannya, Cik Rose gembira dapat jejakkan
kaki pertama kali di Terengganu. Kalau ada kesempatan, pasti Cik Rose nak pergi
lagi. Tak puas lagi. Masih banyak tempat yang belum sempat dikunjungi . Dan
teringin juga nak membeli kain batik Terengganu.
Jom tengok video yang Cik Rose buat . Bercuti ke Kuala Terengganu.
Jom tengok video yang Cik Rose buat . Bercuti ke Kuala Terengganu.
Buat yang sedang berfikir-fikir nak bercuti di mana,
Cik Rose cadangkan pergilah Terengganu. Best!
#VisitMalaysia
#Terengganu
17 Comments
cik rose lajak skit lagi..dtg kelantan..hihi
ReplyDeleteakak suka lg jln2 yg tak plan sgt hehehhe... masa aiyan tadika kami suka pi cuti3 bukan time cuti umum atau bukn cuti sekolah... sana sini tak jem, tp sejak aiyan sekolah ni payah sikit lah
ReplyDeletejjcm terengganu mmg best.... n paling best makanan n batiknya, kopok leko jgn dilupa, satar ngn otak2 dia try tak cik rose... sbb otak2 dia tak sama mcm otak2 kempas tuh
akak, tak pernah pun pi kt tmn tamadun islam tu, dr mula bukak sampai skrg, skrg ni lagilah dh tak cantik sgt... mcm tak berbaloi kot nk pi situ bg akak... sbb mcm takde apa sgt aktiviti yg best utk budak2
Pernah jln Kat kT jugak. Suka Crystal mosque
ReplyDeleteBiasa kalau zaza balik kg memang lalu terengganu.. Area2 setiu..tahun ni tak sure balik ke tak
ReplyDeletecantik gambar2.. langit tu biruu cerah awan semua nampak lawa..
ReplyDeleteuuish makanan2 kat pantai timur ni sedap2 jugak semuanya. yang goreng tepong tu pergh !!
Cuti2 malaysia eh kali ni? Hehe. Emi last pergi terengganu rasanya dua tiga tahun lepas. Suka pi terengganu, boleh makan keropok.
ReplyDeleteCousin kita kawen dengan orang tganu. Kalau dia balik sana tengok dia berjalan sana sini. Bestnya..
ReplyDeleteKita pun tak pernah lagi jejak tganu. Ntah bila la nak sampai.
Bestnya Rose dapat tengok momen bangunan kat sana .tiketnya pun boleh tahan ya .akak tak tahu la bila berpeluang bercuti jat sana .
ReplyDeleteooo...pernah jugak sampai tempat banyak bangunan tu...da lama dulu masa kenduri kawan kat sana...tapi time tu tak buat entri la sebab da bercuti dari blog sekejap..hahaha
ReplyDeletekalau lalu LPT mmg la ketara dia punya lama tuuu...sbb jalan lurus je...hahaha
ReplyDeletebestnya makanan ganu...ni yg buat rindu nak blk kampung tuuu...kuih tu nampak macam lompat tikam tapi xde pulut merah pulak...hmm...blur kejap kuih apa tuuu...
Cantiknye masjid.. tp menyesal masuk sini sebabnye nampak teh ais sedap.. haduiii dh la feberet tapi dh x leh nk minum.. huhu
ReplyDeleteZira dah lama tak bercuti, seronokkan dapat bercuti cuma hari tu sekali je pi Cameron
ReplyDeleteWah berjalan sakan kak ros.. Kita dh lama x ke sana... Last pergi masa menengah..hahaha . Masjid kristal pon smpt lalu je xsmpt singgah
ReplyDeleteWah so many nice spots to visit in Terengganu and there are many good food too right.
ReplyDeletesekali je pernah ke Terengganu.. tu pun xda nak pusing habis. hehe
ReplyDeletebanyak gambar puas tgk ., ;p
ReplyDeletewah cantik sangat Terengganu ni
ReplyDelete