ALTHEA A'BLOOM TERBARU DARI ALTHEA KOREA!

ALTHEA A'BLOOM TERBARU DARI ALTHEA KOREA!
Ni yang jatuh cinta dengan Althea ni. ada je produk baru yang diperkenalkan. Cik Rose ni memang suka barangan KBeauty. Dan memang selalu berbelanja di website Althea. Memang mesra pengguna dan banyak offer!

Kali ni Althea hadir dengan set Althea A'bloom.



Apakah Althea A'Bloom?


Althea Korea memperkenalkan 4 produk baru iaitu A'bloom Mask Sheet, A'bloom Giant Meringue Puff, A'bloom Baby Meringue Puffs dan A'bloom BHA Blackhead Blaster. 

Wahhh ni yang super duper excited! Tak sabar nak cuba.





A'Bloom Mask Sheet

Ada 4 jenis kesemuanya dan memang sesuai untuk kulit kita yang berbeza-beza ni. Yelah, ada jenis kulit  kering, jenis berminyak, kusam dan lain-lain. Lain jenis kulit, lainlah jenis masknya. Tak boleh sembarangan je nak pakai kan. 




1. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
2. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
3. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
4. A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach




1. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. ia juga mengandingi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap.
Juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

Cik Rose dapat rasakan ia akan menjadi hot item ! Ramai yang cari ni. Cik Rose pun suka!




2. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

Mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

Mask pertama yang Cik Rose cuba antara 4 jenis ini. Wahhh memang best. dengan bauan yang harum. Bila pakai, muka jadi sejuk, dan tenang. Kalau baring, comfirm tertidur!





3. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.
Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Yang ini pun tersangatlah best. Lepas pakai, muka jadi lembut. Hai, akan Cik Rose ulang beli yang ini. Im in love gitu.





4. A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

Mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Siapa yang ada kulit jenis berminyak, cubalah yang ini. Gerenti jatuh cinta! hihi.

Harga?

Hanya  RM2.00  untuk satu sheet. Murah kan?

Jom tengok Cik Rose feeling-feeling pakai mask. hihi 






A'bloom Giant Meringue Puff





Saiznya lebih besar berbanding baby meringue puffs. Ada satu je. Boleh guna untuk meratakan foundation. sama juga dengan yang baby tu, korang boleh guna ketika kering dan juga basah. Dengan saiz yang besar, memudahkan untuk sapuan foundation seluruh muka.

Ia juga menggunakan material  High density latex free foam. Memang lembut sangat puff ni.

Harga : RM8.00 ( 1 pieces )


A'bloom Baby Meringue Puff




Alahai, first time tengok, reaksi Cik Rose? Terkejut sebab comel sangat! Geram jer. Dahla warna pink. Ada 3 ketul pulak tu. Rasa nak makan pun ada. Hihi. 

Korang boleh gunakan ia dalam keadaan kering ataupun basah. Cik Rose guna untuk ratakan concealer di bahagian bawah mata. Yihaaa..

Kandungan bahan dari  High density latex free foam.


Harga : RM11.00 ( 3 pieces )



A'bloom BHA Blackhead Blaster




Althea memperkenalkan A'bloom BHA Blackhead Blaster untuk mengatasi masalah whitehead dan blackhead. Bentuk dia memang praktikal, dalam bentuk stick ala-ala lipstick tu kan. Korang pusiang je, terus pakai. Boleh bawa je ke mana-mana. 

Mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan dan tea tree oil yang dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan/kemerahan pada kulit.




Cara guna : Basahkan muka dengan air suam. kemudian keringkan muka dengan tuala. Selepas itu barulah sapukan stick ini di seluruh wajah dan di hidung. urut wajah untuk beberapa saat dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Senang kan?


Harga : RM16.00










Kalau korang nak jugak, boleh terus beli di https://my.althea.kr


#AltheaKorea
#AltheaAngels
#AltheaABloom


Post a Comment

9 Comments

  1. memang best kan produk baru althea kali ni.. suka sgt.

    ReplyDelete
  2. Kita nak jugakkkk..tapi kat website tak restock lagiii..sobssss 😭

    ReplyDelete
  3. I am waiting for mine to arrive! so excited

    ReplyDelete
  4. Memang menarik kan produk dari Althea nie.. suka sangat..

    ReplyDelete
  5. Sally teringin nak cuba yg blackhead tu..tgk harga kat website pun baru RM16 je...tapi takut terbeli benda lain pulakkkk...hahaha

    ReplyDelete
  6. Best semua barang dia kan.. Nad suka semua.. Comel.. Lackaging lawa.. Balckhead tu senang fh nak tanggakan bintik hitam la ni

    ReplyDelete
  7. Nampak best sangat, laju-laju pi Althea masuk list cart ha ha ha tunggu nak buat payment je

    ReplyDelete
  8. Memang cute la the makeup puffs and the face masks pun i suka.

    ReplyDelete
  9. comel jeee packaging dia.. cute2.

    ReplyDelete