Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle | Assalamualaikum. Setiap dari kita mesti nak miliki wajah yang bersih dan sihat kan. Bila usia meningkat, banyak faktor yang harus di ambil kira.
Cik Rose sendiri, sekarang ni memang jaga betul-betul. Nak dapatkan kulit yang bersih. Putih? Oh tidak. Itu bukan keutamaan. Tak naklah Cik Rose ambil risiko terhadap wajah sendiri. Nak baikpulih bukan senang. Ambil masa! Jangan menyesal di kemudian hari.
Sebab tu, korang kena pilih betul-betul dan teliti kandungan sesuatu produk yang korang nak guna.
SERUM
Kalau korang follow instagram Cik Rose, mesti korang tahu yang Cik Rose memang sukakan barangan penjagaan wajah sekarang ni kan. Bukan sekadar pembersih, toner, krim, mask. Serum pun Cik Rose pakai, dan pilih betul-betul.
Cik Rose nak kenalkan salah satu serum yang Cik Rose dah guna. Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle. Comel je tau botolnya. Comel bukan sebarang comel. Comel banyak khasiatnya. hihi.
Kelebihan Antioxidant Serum
- Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
- Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
- Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
- Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
- Mengecilkan pori-pori kulit
- Melembapkan dan menghidrasi kulit.
- Membantu melambatkan kesan penuaan
- Melicinkan dan mencerahkan kulit.
Nak tahu kandungannya?
KANDUNGAN ANTIOXIDANT SERUM
Bahan utama dalam serum ini ialah:
Tocotrienol (Vitamin E)
Boleh bertindak sebagai anti-penuaan, mengurangkan kedut dan garis halus
Panthenol (Pro-vitamin B5)
Boleh melembabkan dan menghidratkan kulit
Niacinamide (Vitamin B3)
Boleh merawat jerawat dan mengurangkan bintik hitam
Calendula Oil
Boleh merawat dan melegakan luka
Olive Oil
Boleh melembab dan mengelakkan tanda-tanda awal penuaan
Pssst nak tahu tak yang serum ni jugak tak ada SLS, Paraben dan synthetic fragrance. Yeayyy! Memang sesuai kalau kulit korang jenis sensitif. Kadang-kadang banyak produk yang dijual tak bersesuaian dengan orang yang ada kulit sensitif kan. Sedihnya!
Review Cik Rose
Serum ni agak pekat dan ianya berwarna putih. Namun, bila korang pakai, serum ni tak berminyak tau. Ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Korang tak payah pakai banyak-banyak. Cukup kalau korang pakai 2 titis jer.
Cik Rose pakai waktu malam, sebelum tidur. Korang boleh je pakai waktu pagi dan malam. Lagi nampak kesan dia. Tapi, Cik Rose ni jenis yang sayang, takut cepat habis. Hahaha. Sebab tu pakai malam jer. hihi.
Harga:
RM 49.00 (10 ml) / RM 97.00 (30 ml)
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website: https://sannyjoleen.com/Lokasi Stokis: https://sannyjoleen.com/stores/
FB: https://www.facebook.com/sannyjoleen/
IG: https://www.instagram.com/sannyjoleen/
13 Comments
cik en pun pakai ini. best.. dpt kurangkan sunburn muka
ReplyDeleteOkey tak serum ni? Sesuai untuk kulit apa?
ReplyDeleteMemang best serum ni kan..
ReplyDeleteI love how this serum doesn't have any unnecessary additives
ReplyDeleteKita pun dah cuba serum ni. Best!!
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteBanyak kebaikan serum ni. Rasa nak pakai je juga.
ReplyDeleteanti oksida ini mmg bgus utk kulit, utk kulit lebih sihat
ReplyDeleteSerum dia nampak milky eh... Selalu mcm jernih je kan tekstur... Menarik neh 😏
ReplyDeleteTengok ramai yang guna..teringin nak cuba juga nanti
ReplyDeleteI read many good review about this brand also, later i will check it out ya.
ReplyDeleteFav serum nih, mudah nak bawa kemana-mana... Dah sampai korea kite bwk dia he he he
ReplyDeleteAntioksidan tu yang buatkan kulit kita muda sokmo...hihi
ReplyDelete