Saturday, May 11, 2019

RAMADHAN 2019 | Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan

RAMADHAN 2019 | Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan. Assalamualaikum. Selamat berpuasa buat semua.

Alhamdulillah. Hari ini, 6 Ramadhan..Moga kita dapat menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan ini.


MENU BERBUKA 1 RAMADHAN. Masak atau beli di Bazar Ramadhan?

Kalau tanya Cik Rose, Alhamdulillah. Dapat masak sendiri juada berbuka bagi 1 Ramadhan.

Masak simple-simple ajer. Juadah untuk makan berdua sahaja kan. Cik Rose masak Sambal ayam bermadu dan kacang buncis goreng telur.



Makan dengan nasi putih. Masak lauk ni, terus sampai ke sahur. hihi . Sebenarnya masak berbuka bagi Cik Rose, yang simple je. Bukan masak beria-ia. Sebab suami bukan pemakan lauk sangat Ayam goreng je pun boleh. hikhik.

Sambal ayam bermadu

Masak macam ala-ala ayam masak merah, cuma tak letak santan. Cik Rose tambah madu dan sos cili.

Resepi sambal ayam bermadu

Bahan :

Bawang putih dan bawang besar - dikisar
Cili kering - dikisar
4 beradik
Serai - dititik
1 sudu besar madu
Sos cili
Garam
Cukup rasa
Ayam - digoreng

Cara masak :

1. Masukkan bawang kisar dan 4 beradik. Biar sampai naik bau, masukkan cili kisar dan serai.

2. Bila cili dah masak, masukkan sos cili. Kacau.

3. Masukkan madu, garam dan cukup rasa.

4. Kemudian, masukkan ayam goreng. Biarkan seketika. Siap!

Senang kan.



Kacang Buncis goreng telur.

Sayur ni senang sangat nak masak. Goreng biasa je, cuma tambah telur dan sedikit kunyit. Nak bagi kekuningan sikit. hikhik.

Resepi Kacang Buncis goreng telur

Bahan :

Kacang buncis - dipotong serong
Bawang putih dan bawang besar - dihiris
Telur
Sedikit kunyit
Garam

Cara masak :

1. Masukkan bawang yang dihiris.

2. Bila bawang dah naik bau, terus masukkan kacang buncis. Biar seketika.

3. Masukkan sedikit kunyit, dan garam.

4. Ketepikam sedikit kacang buncis, masukkan telur.

5. Kacau-kacau. Dah siap!

Senang sangat kan.

Masa masak macam sikit. Bila dah siap, mak ai... Banyaklah pulak. Tu yang membawa ke sahur makannya.



Untuk berbuka, bukan nak makan banyak sangat pun. Air je lebih. Kenyang air lah pulak. Makan nasi tu, kadang-kadang sikit sangat. Sebab dah kenyang air dan kuih muih.

Jom tengok, Cik Rose ada buat video suka-suka. hihi. Saja jadikan kenangan sendiri. hihi.


Menu berbuka puasa setakat ni, korang masak atau ada beli?


17 comments:

  1. wah.. sedapnya sambal ayam bermadu tu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. dah 6 hari kita berpuasa ^_^

    ReplyDelete
  3. Dah campur² dah rose.. ada hari tu penat sangat. Tak larat nak masak

    ReplyDelete
  4. Dah seminggu berpuasa . Time bulan puasa ni la lagi pening fikir nak masak apa untuk berbuka

    ReplyDelete
  5. 2 menu favourite kami satu family..sllu jer masak..sm ada letak madu or x..suka sgt sayur buncit msk mcm ni..ratah2

    ReplyDelete
  6. Uiihh tgk sambal ayam bermadu tu rasa terliur pulak.. Tak pernah lagi try masakan mcm tu

    ReplyDelete
  7. Kita masak je dekt rumah.. Belum beli lauk lagi dekat param.. Selagi ade idea nak masak. Kita masak.. Hehe.. Nampak sedap menu ni

    ReplyDelete
  8. Sayur buncis tuh favourite akak tau. Sedap

    ReplyDelete
  9. Kita pon suka masak menu2 ringkas yg pnting kenyang. Heee

    ReplyDelete
  10. Kacang buncis telur tu fav kitorang satu family. Kadang ratah macam tu je. Hehe

    ReplyDelete
  11. Uikk sedap tuuuuu... nk cikit..

    ReplyDelete
  12. Salah time la baca blog ni, jadi lapar ni

    ReplyDelete
  13. Alamak.. Sedapnya ayam madu tu. Haritu baru buat ayam masak merah. Erm.. Harini nak buat buncis + telor tu la.
    Lama dah tak buat.

    ReplyDelete
  14. Sedap semua tu Cik Rose.. Kak Sue pun hari-hari masak juga nie..

    ReplyDelete
  15. Best menu and recipe simple macam ni kelly boleh cuba di hujung minggu. the sambal ayam bermadu macam sedap sangat

    ReplyDelete
  16. sedapnya menu berbuka dia.. syok kalau makan dengan nasi panas-panas ni

    ReplyDelete