Thursday, August 22, 2019

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY | DEODORANT DAN PERFUME DALAM SATU BOTOL!

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY | DEODORANT DAN PERFUME DALAM SATU BOTOL! Assalamualaikum. Tak kira lelaki mahupun wanita sukakan wangian. Cik Rose dan suami sendiri memang suka kumpul perfume. Minat yang sama kalau bab wangian. 

Lelaki ni kalau jaga penampilan tapi berbau kurang enak, emmm no no, memang kena potong markah! hihi. Kenalah seiring. Suami Cik Rose memang jaga bab ni. Maklumlah anggota beruniform. Setiap hari kena sarungkan uniform berjam-jam lamanya. Berpanas dan berhujan. Tapi, maintain wangi! Eh terpuji lebihlah pulak. hikhik. 

Wangian ni sebenarnya boleh meningkatkan tahap keyakinan seseorang. Betul tak? 


Ok, Cik Rose nak kongsikan dengan korang, produk terbaru dari Dashing.


DASHING BARU DEO + PERFUME : 2 IN 1 DEODORANT DAN PERFUME.














Eh biar benar? Dua fungsi dalam satu botol! Senanglah kalau macam ni. Sekali pakai jerkan. Bau pun sama. Tak ada lagi masalah bau deodorant dan perfume berlainan jenis. Kadang-kadang pening juga kepala ni bila cium bau lain-lain. 


Ada 4 Variasi yang terdapat dalam rangkaian DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY, iaitu:





Hitman
Wangian Hitman ini dihasilkan daripada campuran sitrus, ice cucumber, lada sichuan, lavender, Patchouli dan kayu gaiac.





Hattrick 
Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga calitan amber. 





Ultimate Kick
Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky. 





Ultimate Kick
Wangian Speed ini dihasilkan daripada gabungan buah-buahan dan musky.



REVIEW CIK ROSE

Kalau tanya suami, beliau paling suka HITMAN. Yang botol hijau tu. Wangi katanya. Cik Rose pun suka jugak. Lebih fresh jenis ni. Memang tahan lama baunya tau. Nak tahu kenapa? Sebab ianya  dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette.





Ia juga dirumus dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, menjadikannya  berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. So, tak perlu risau walaupun beruniform berjam-jam lamanya. Steady je, maintan wangi. Hihi.

Apa yang Cik Rose perasan, ianya tahan lama tau. Sebab tak perlu pun nak sembur banyak-banyak. Kat situ dah boleh jimat! Yeayyy. Sebotol cuma RM12.20. Aih, memang berbaloi-baloi. 

Botolnya memang praktikal. Boleh je sumbat dalam beg. Jimat ruang kalau nak bawa ke mana-mana. Satu je. Tak payah nak usung deodorant dan perfume yang berbeza. 





Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING korang boleh layari laman FACEBOOK  dan Instagram DASHING.


6 comments:

  1. Boleh la beli ni nanti buat gift kat sahabat lelaki hehehe

    ReplyDelete
  2. Suami akak memang suka dengan deo perfume ni. Hari2 pakai. Dia kata dah habis nanti nak beli lain.

    ReplyDelete
  3. bagi suami ni je masa hari bapa haritu..ehhee..suka dia..bau sedap..

    ReplyDelete
  4. Anak teruna Kak Sue memang pakai Dashing, nanti boleh lah belikan yang nie pulak..

    ReplyDelete
  5. Produk lelaki pun dah banyak pilihan sekarang kan.

    ReplyDelete
  6. Encik suami Sha suka betul produk ini.. tahan lama katanya bila pakai lepas tu tak melekit.. memang bestlah..

    ReplyDelete