Makan Nasi Ganja di Restoran Nasi Kandar Selatan Batu Pahat

Makan Nasi Ganja di Restoran Nasi Kandar Selatan Batu Pahat.| Assalamualaikum. Dengar nama, gerun pula rasa. Ganja! Dari mana asalnya nama ni. Cik Rose pun tak pasti. Tapi, Cik Rose pernah dengar nama Nasi Ganja di sebelah utara tanah air. 

Di Batu Pahat, ianya masih baru. Cik Rose tak lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakkan Nasi Ganja ni. Kebetulan Restoran ni baru di buka. Restoran Nasi Kandar Selatan yang menampilkan menu istimewanya, Nasi Ganja. 


Lokasi Restoran Nasi Ganja @ Nasi Kandar Selatan.


Ia terletak di Jalan Flora Utama 7, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor. Kalau yang berdekatan Batu Pahat, Restoran ni di sekitar pasaraya Aeon Big. Di sebelah belakan, deretan kedai tu. Eh Cik Rose cerita macam korang tahu pula. Tap, CIk Rose jamin, orang Batu Pahat mesti tahulah. 


Menu pilihan Cik Rose.

Cik Rose pilih Nasi Ganja Udang. Biasalah, udang kan memang kegemaran Cik Rose. So, pilihlah lauk yang kita suka. Suami Cik Rose pesan Nasi Ganja Lauk Kambing. Ada juga lauk lain seperti ayam, sotong dan daging masak hitam. 



Nasi Ganja ni dihidangkan dengan kuah campur, ada bendi, telur rebus dan limau. Memang sedaplah. Untuk yang suka Nasi Kandar, memang akan suka juga Nasi Ganja ni sebab kuah campurnya tu. Beza dia warna nasi dan lauk sampingan tu jer. 

Pada Cik Rose memang sedaplah. Portionnya juga besar. Kenyanglah sepinggan tu. Jangan risau. Berbaloi juga dengan harganya. Lauk udang, RM9 dan lauk kambing pula RM10.

Selera kita berbeza kan. ada yang suka dan ada yang kurang gemar. Nak tahu sedap ke tidak, korang kenalah try sendiri. Tapi, memang Cik Rose akan cadangkan untuk koranglah makan di sini. Servis amat bagus. Cepat. Kedai pun bersih. 

KEDAI BERSIH

Memang kebersihan kedai akan Cik Rose titikberatkan dalam pemilihan tempat makan. Kedai bersih, selamat dan berselera jadinya. Hihihi. 


Nanti, next time pergi macam nak cuba sotong atau daging masak hitam pula.Nyum nyum. 

Makanan sedap, harga berbaloi. Cuma faktor lokasi sahaja penentunya. Sebab bukan di tepi jalan. Kena masuk ke dalam. Jadi, ada yang tak tahu lokasinya di mana. Yang dah biasa dengan kawasan di sini, mudah nak cari. Tapi, kalau orang luar agak susah. Sebab tu, kena promo lebih sikit. 

Eh ni review jujur dari Cik Rose yang suka mencuba kedai baru ya. Tidak berbayar. hahaha.. Tapi, kalau ditaja pun syok juga ni. Larikkkk... hahaha.

Dengan adanya restoran ni, terubat rindu nak makan nasi kandar di kampung. Maklumlah Cik Rose kan anak perantau. hahaha.. Insyaallah  nanti bila balik Kedah, bolehlah teruskan misi jalan-jalan cari makan. Hahaha.. 









Post a Comment

14 Comments

  1. terliur betul masa tgk cik Rose letak kat FB, terus rasa nk ajak edy cari jgk lah nasi ganja kt sini.... geram tengok udang besar2 tuh

    ReplyDelete
  2. allahu, teringat2 lah kat BP ni. dah 11 tahun tinggalkan Parit Raja tapi masih teringat2. hehehehe

    ReplyDelete
  3. nasi nya warna oren ya...ada rasa lain dari nasi putih biasa ke?

    ReplyDelete
  4. this is my first time hearing nasi ganjah

    ReplyDelete
  5. Uihh lapar pula zaza tengok. Tak pernah rasa lagi nasi ganja ni

    ReplyDelete
  6. sedapny atengok..penuh pingggan tu..tak pernah makan nasi ganja lagi

    ReplyDelete
  7. Nama unik ya nasinya.. nampak sedap..

    ReplyDelete
  8. Perghh xleh jadi ni. Ritu dhla nk makan tp xdpt2 sbb penuh... Nnti nak mai sini lg la

    ReplyDelete
  9. Meriah betul lauk dia.. berbaloilah dengan harga.. cuma kurang berkenan dengan namanya itu.. kenapalah nak kena letak perkataan Ganja..

    ReplyDelete
  10. Teringin juga nak try makan nasi ganja ni. Ramai cakap sedap.

    ReplyDelete
  11. owh ni la rupa nasik ganja ye.. hehe

    ReplyDelete
  12. Br tahu ada nasi ganja kat batu oahat

    ReplyDelete
  13. Omg... sedap giller, I memang suka nasi ganja kuah banjir, tambah nasi lagi.

    ReplyDelete
  14. Owner melayu ke mamak ni cik rose?

    ReplyDelete