Cara Mudah Daftar ASB Online MyASNB| Kini Lebih Mudah Semak Baki Akaun

Cara Mudah Daftar ASB Online MyASNB| Kini Lebih Mudah  Semak Baki Akaun


Assalamualaikum. Rata-rata orang yang Cik Rose kenali dah ada akaun ASB. Menyimpan di akaun ASB, hujung tahun tunggu dividen dalam debaran. Hihi. Betul tak?

Dunia semakin maju. Korang tak perlu bersesak ke pejabat ASB lagi untuk semak baki atau nak tambah pelaburan. Tak payah juga berkunjung ke bank, ambil nombor dan tunggu lama untuk masukkan duit.



ASB dah ada online! Senang kan. Semuanya di hujung jari. Boleh terus guna portal MyASNB. Cik Rose sendiri dah daftar. Dan Cik Rose nak kongsi dengan korang caranya. Memang mudah. Cuma, untuk pengeluaran, korang masih perlu ke pejabat ASB atau bank lah. Setakat nak semak baki, nak penyata atau nak tambah pelaburan, guna online je. Senang, jimat masa!

Portal MyASNB ini boleh digunakan semua pelabur ASNB bagi urusan-urusan tertentu berkaitan 12 dana amanah yang dikendalikan ASNB, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan lain-lain dana yang dikendalikan.

Nak tahu tak,  segala urusan berkaitan dana amanah ASNB tidak lagi menggunakan  buku akaun pelaburan, sebaliknya hanya menggunakan Kad Pengenalan MyKad sahaja . Senang tau. Cik Rose pun pernah buat pengeluaran, bawa kad pengenalan jer.

Oleh kerana dah tak ada buku, memang penting untuk korang mendaftar online. Tengok baki kat situ jer. Boleh semak penyata juga.






Persediaan sebelum daftar portal MyASNB

Sebelum daftar dalam portal ini, apa yang korang kena buat dulu? Korang kena kemaskini maklumat peribadi seperti nama, alamat, emel dan yang paling penting, nombor telefon.


Kat mana nak kemaskini?


Boleh kemaskini maklumat peribadi ni di mana-mana 30 cawangan ASNB di seluruh negara atau ejen ASNB iaitu Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank dan AmBank Islamic.


TAC number

Nombor telefon ni penting sebabnya akan digunakan untuk mendapatkan nombor Transaction Authorisation Code, TAC (Kod Pengesahan Transaksi) semasa daftar portal MyASNB nanti. Macam online banking juga.

Bila dah  siap kemaskini maklumat peribadi, maka bolehlah korang mula daftar portal MyASNB.



CARA DAFTAR ONLINE ASB

  • Baca nota yang diberikan, klik “TERUSKAN”.
  • Klik pada kotak yang disediakan, klik “SETUJU”.
  • Klik maklumat asas yang diperlukan seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik “SETERUSNYA”.
  • Korang akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada “PERMINTAAN TAC”. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik “SETERUSNYA”. Itulah pentingnya nombor telefon tadi.
  • Kemudian, masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat emel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Klik “TAMAT”.


Yeayy korang dah berjaya daftar portal MyASNB! Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan.Sebab panjang tau password sementara tu. Tak salin, nanti tak ingat. hihi.  Klik “LOG MASUK”.

  • ·  Masukkan ID pengguna yang korang dah daftarkan tadi, klik “TERUSKAN”
  • ·  Frasa rahsia yang korang daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama. Masukkan password sementara yang diberikan. Klik “TERUSKAN”
  • ·   Korang kena tukar  password sementara yang diberi kepada password pilihan anda sendiri. Pastikan password tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan. Kena ingatlah yer. Jangan lupa pula.



Selesai!

Senang kan. Korang dah boleh mula guna portal MyASNB.

Post a Comment

10 Comments

  1. Zaza pun dah dftr. Senang nak cek online je. Skg ni pun tgh bljr menabung kt asb

    ReplyDelete
  2. Number tac ni tak boleh bagi org, nanti kita yang susah

    ReplyDelete
  3. Senang dan menjimatkan masa bila banyak yang kita boleh buat secara online ni especially bab nk semak penyata tu kan.

    ReplyDelete
  4. nad dah lama buat..memnag senang nak semak berapa jumlah duit dalam tu

    ReplyDelete
  5. memang senang klau ada online myasnb. sekarang pula dengan kemudahan link direct dari maybank2u senang nak menyimpan. shu suka dengan teknologi sekarang.

    ReplyDelete
  6. Memang mudah sekarang nak semak asnb dekat pc jer x pyh beratur panjang2

    ReplyDelete
  7. terima kasih Cik Rose atas perkongsian

    ReplyDelete