Drumstick Pika Pika | Korang Kena Cuba Kesedapan Aiskrim Drumstick Yang Terbaru Ini

Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, tekak terasa nak makan aiskrim. Macam-macam tekak ni kan. Hihi.

Balik dari kerja, Cik Rose dan teman sekerja singgah sebentar di kedai. Ada beberapa barang yang nak dibeli. 

Mata ni terpaku di peti aiskrim kat kedai tu. Eh eh.. Ada aiskrim baru! Tak pasti sama ada baru atau Cik Rose yang dah lama tak beli aiskrim. 

Aiskrim Drumstick Pika Pika!




Comelnya Pikachu! Packaging dia menarik sangat. Warna kuning. Alahai.. Memang menarik perhatian ku. 

Tertanya-tanya juga. Perisa apa aiskrim ni. Tapi, tak belek pun. Terus ambil satu, bayar di kaunter. 

Rupanya aiskrim ni perisa kacang pecan. Wow. Menarik! 

Tadaaa.. Korang boleh tengok macam di bawah ni. 



Rasa aiskrim ni sedap bagi tekak Cik Rose. Tak muak. Bila makan, nak lagi dan lagi. Tapi, ada satu je pun. Hihi.

Kalau nak tahu, kon dia warna coklat gelap. Sedaplahkan perisa coklat. Aiskrim dia dipenuhi kacang di atas. 

Emm kalau singgah kedai lagi, boleh beli ni. Kena dekat tekak. 

Cik Rose tak pasti ini edisi khas ke ape. So, korang kenalah cepat-cepat beli kalau nak tahu rasanya macam mana. Takut drumstick dah tak keluarkan pula kalau habis musimnya. Hihi.

Bila makan aiskrim pika pika ni. Teringat kawan di sekolah menengah dulu. Pika Pika Pikachu. 

Rindu.



5 comments:

  1. aduhh macam sedap tu! esok nak gi cari lah!

    ReplyDelete
  2. akak pun dh try aritu, mmg sedap dan rasanya tak muak... comei pun iya plastik aiskrim nya

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa. Nak tryyy. Hopefully ada lagi :)

    ReplyDelete
  4. Hi Pikachu! Waa...Nestle pun x nak lepas peluang keluarkan produk Pikachu. Mudah2an dpt rasa eskrim pika pika ni.

    ReplyDelete
  5. sedap tu eskrim tu..ada kacang2 tu kite suka :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.