Tuesday, October 15, 2019

Gegar Vaganza 2019 Naqiu Boboy | Lirik Lagu Episod Cinta

Gegar Vaganza 2019 Naqiu Boboy | Lirik Lagu Episod Cinta 




Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia
Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang melara
Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu, terhadapku
Setia selalu ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
'Ku terima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini
Menjadi sebuah memori
Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu, terhadapku
Setia selalu ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
'Ku terima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini
Menjadi sebuah memori
Dan jangan ada benci
Tika kesal menggamit hati
Tika segan menyentuh jiwa
Anggaplah lumrah dunia




Minggu pertama Gegar Vaganza 6 dah pun berlalu. Siapa pilihan korang? Ada yang buat persembahan memang best. Dan ada pula yang biasa-biasa. Ops.. itu pendapat Cik Rose lah. 

Tahniah buat Naqiu dipilih sebagai pemenang Artis Cili Padi. Wow. Persembahan Naqiu malam tu best pada Cik Rose. Lainlah dia sekarang. Suara tu yang mahal. Dengan penampilannya lagi. Ramai juga peminatnya. 

All the best untuk minggu kedua pula nanti. 


3 comments:

  1. teringat muka jambu dia masa dia muda2 dulu, sekarang ni pun kecil molek je tapi sebab dia menyanyi dari umur belasan tahun bila dah lama tak muncul memang orang tertunggu2... suara dia tu dh macam chakra khan serak2 gitu

    ReplyDelete