Kepentingan melakukan ujian CT Brain untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat mengenai kecederaan di otak

Assalamualaikum. Kali ini,  Cik Rose ingin berkongsi perihal CT Scan. Tapi, di bahagian kepala iaitu CT Brain.

Ada yang tahu tentang CT Scan? CT Brain?

Cik Rose sendiri keliru tentang keduanya. Mulanya Cik Rose fikir ianya sama. Setelah merujuk beberapa portal kesihatan, barulah Cik Rose tahu yang ianya berbeza.


SUMBER GAMBAR : DR ZUBAIDI


Dalam pencarian maklumat tentang CT Brain, Cik Rose jumpa beberapa website. Di sini Cik Rose kongsikan nfo dari website MyHealth.gov. Boleh rujuk di sini : http://www.myhealth.gov.my/ct-brain/



Apa Itu CT Brain?
  • Adalah satu pemeriksaan imbasan ke atas struktur tengkorak dan otak.
  • Pemeriksaan CT Brain boleh memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan tisu otak dan juga struktur otak berbanding dengan pemeriksaan X-ray kepala. 
  • Ada sesetengah indikasi bagi pemeriksaan CT Brain memerlukan suntikan media kontras. (maklumat lanjut berkaitan media kontras boleh dirujuk ke Pemeriksaan CT Scan)
  • CT Brain juga telah menjadi pilihan utama bagi kes kecederaan kepala. Ini kerana imej yang dihasilkan adalah jauh lebih detail berbanding dengan pemeriksaan X-ray biasa. 
  • Ia juga dapat membantu untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat mengenai kecederaan, strok dan pendarahan. Ini dapat membantu doktor untuk memberikan rawatan yang tepat dalam masa yang cepat.



Bila CT Brain Diperlukan?

Di antara sebab-sebab CT Brain dilakukan  adalah:
  • untuk melihat metastasis pada otak
  • melihat kecederaan kepala
  • melihat pendarahan dalam otak
  • melihat keabnormalan pada otak dan struktur rangka kepala

Persediaan Sebelum Pemeriksaan CT Brain
  • Juru X-ray akan menerangkan kepada anda tentang pemeriksaan yang akan dilakukan.
  • Sila maklumkan kepada juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Jika pemeriksaan memerlukan kontras media, maka beberapa arahan perlu dipatuhi seperti:
  1. Perlu berpuasa minimum 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan.
  2. Makan ubat steroid yang dibekalkan 12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.
  3. Tidak digalakkan memakai atau membawa barang kemas dan barang berharga pada hari pemeriksaan.

      • Perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang dan rantai leher, untuk mengelakkan artifak pada imej.
      • Jika anda akan menjalani pemeriksaan CT Brain dengan media kontras, maka doktor akan memasangkan jarum pada tangan atau lengan anda.

      Semasa Pemeriksaan CT Brain
      • Anda diminta untuk baring di atas meja pemeriksaan CT Scan.
      • Juru X-ray akan memposisikan kedudukan anda seperti meluruskan badan dan memastikan kepala anda dalam kedudukan yang betul.
      • Meja pemeriksaan akan dimasukkan ke dalam gantry.
      • Pintu bilik pemeriksaan akan ditutup, tetapi anda masih dapat berhubung dengan juru X-ray dan doktor melalui intercom.
      • Anda dinasihatkan supaya tidak bergerak sepanjang imbasan CT (CT Brain) dilakukan untuk mengelakkan berlakunya herotan pada imej dan akan menyebabkan pemeriksaan ulangan.
      • Imbasan CT akan dimulakan.
      • Jika anda menjalani pemeriksaan CT Brain berkontras, kemungkinan anda akan rasa tidak selesa selepas media kontras disuntik ke dalam salur darah seperti rasa panas di seluruh badan, mual, pening dan lain-lain. Walaubagaimana pun, simptom ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja. (benarlah kata arwah kakyang, ianya sakit. )
      • Doktor dan juru X-ray yang bertugas sentiasa ada bersama untuk memantau keadaan anda sepanjang pemeriksaan dijalankan.
      • Selepas imbasan CT selesai, meja pemeriksaan akan dikeluarkan dari gantry.
      • Anda dibenarkan turun dan dibenarkan menukar pakaian.
      • Jarum suntikan akan dibuka (sekiranya ada).

      Selepas Pemeriksaan CT Brain
      • Bagi anda yang menjalani pemeriksaan CT Brain tanpa penggunaan kontras media, tiada apa-apa penjagaan khusus diperlukan.
      • Bagi anda yang telah menjalani pemeriksaan CT Brain berkontras, anda disarankan agar minum banyak air untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.
      • Pastikan anda stabil sebelum dibenarkan balik.
      • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.


      Laporan Pemeriksaan
      • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.



      *****

      Pemeriksaan CT Brain amat penting. Jika x ray dan ujian darah telah dilakukan dan masih tak dapat didiagnosis penyakit, ujian CT Brain akan membantu. 

      Kalau mengalami sakit kepala yang teruk dan terlalu kerap, pergilah buat pemeriksaan. Jangan dibiarkan dengan hanya memakan ubat penahan sakit. 

      Namun, kos untuk ujian ini memang mahal. Kalau dilakukan di hospital kerajaan juga agak mahal.  Kecuali jika penjawat awam. Ia adalah percuma.




      Post a Comment

      2 Comments

      1. selalunya kalau untuk anak kecil akan di beri ubat tidur supaya mereka tak bergerak-gerak, seram rasanya kalau kita kene masuk terowong untuk buat ct brain atau ct scan tu...

        ReplyDelete