Ramai Yang Puji Naqiu Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Percayalah dengan Cara Tersendiri

by - Monday, December 02, 2019

Assalamualaikum. Gegar Vaganza 6. Korang tengok tak? Ada peserta kegemaran? Kalau tanya Cik Rose, dah tentulah Naqiu. Sejak dari awal gegar Vaganza 6, memang minat dengan suara dan persembahannya. Boleh tengok di instagram Cik Rose, buktinya. Hihihi.

Malam tadi minggu ke 8. Minggu hadapan dah pun peringkat suku akhir. Tak lama lagi nak habis kan. Ada lagi 8 peserta. Naqiu, One Nation Emcee, Hady Mirza, Nurfatima, Jatt, Wann, Norshila Amin dan Sham Visa. 




Persembahan minggu ke 8, Naqiu menyanyikan lagu Percayalah


Masa Naqiu dapat lagu ni, ada yang tertanya-tanya dapat ke Naqiu buat yang terbaik. Boleh ke Naqiu nyanyi macam lagu sendiri. Tapi, semua dah terbukti. Ahamdulillah, Naqiu bawa dengan baik dan terus jatuh cinta dengan lagu Percayalah

Kalau Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ini dengan merdu, Naqiu dengan mood yang berbeza. Mendengar Sit Nurhaliza nyanyi, kita terbuai-buai dengan kelembutannya. Namun, Naqiu menyanyikan dari sisi berbeza. Memamng merdu, tapi dengan cara lelaki sejati gitu. Membuatkan kita akan percaya dengan isi hati Naqiu. 

I believe you, gitu!


Di kesempatan ni, Cik Rose kongsikan juga lirik lagu Percayalah dengan korang. Mana tahu, ada yang nak menyanyikan bersama-sama. hikhik. 


Lirik Lagu Percayalah oleh Siti Nurhaliza (Naqiu Gegar Vaganza)


Suasana sepi begini
Panahan rindu menusuk hati
Tak mungkin kau sedari

Lantas ku titip puisi kasih
Agar gelora tidak merintih
Sengsara pun menyisih

Dengarkanlah suara hati
Moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati

Percayalah
Kasihmu lama tersulam
Di ruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam

Ku akui
Dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi

Kasih
Usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir
Bimbang cinta terusir
Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir ho ho
Ho ho ho

Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir

Percayalah
Kasihmu lama tersulam
Di ruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam

Ku akui
Dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi

Kasih
Usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir
Bimbang cinta terusir
Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir
Percayalah




Setiap minggu, ramai yang menantikan persembahan dari Naqiu. Kalau tanya Cik Rose, persembahan mana yang paling disukai. Cik Rose akan pilih masa Naqiu menyanyikan lagu Juwita. Sedap sungguh. Dari tak minat lagu tu, terus rasa sedap sangat lagu Juwita ni rupanya. 



Senarai Lagu Yang Pernah dinyanyikan Naqiu Boboi dalam Gegar Vaganza 5


Episod Cinta - Boboi
Meraung -Newboyz
#123 - Khai Bahar
Gurauan - Siti Nordiana & Achik
Di Ambang Wati - Awie
Juwita - Saleem
Rampas - Akim & The Majistret
Percayalah - Siti Nurhaliza




Untuk minggu suku akhir, Naqiu bakal menyanyikan lagu Noraniza Idris yang bertajuk Tinting. Wah irama Malaysia pula. Tak sabar nak tunggu apa yang bakal ditampilkan Naqiu nanti. 

All the best buat Naqiu Boboi!

You May Also Like

4 Comments

  1. adik akak dari minggu lepas dia dh bising tak adik naper naqiu dpt lagu tokti, tp akak cakap insayallah boleh punya, dia biasa menyanyi mesti dia boleh bawak punya lagu tu ikut caranya...

    cuma akak sikit kecewa dengan sham, dah beberapa minggu persembahan agak kureng tapi masih lagi tak terkeluar, kebal betul...

    ReplyDelete
  2. Serious, tak boleh nak move on lagi dengan persembahan Baqiu last night hikhik...

    ReplyDelete
  3. Sekali je kan persembahan dia dapat komen x okay daripada juri masa berduet dengan nana.. Yang lain memang terbaiklah persembahan dia. Tak sabar nak tunggu dia nyanyi Tinting lagu Noraniza Idris

    ReplyDelete
  4. fav ammi gak dak Naqiu ni. suara dia alahaiiiii

    ReplyDelete