Review Lip Ice Magic Colour by Cik Rose

Assalamualaikum. Selamat malam! Lamanya rasa tak mencoret sesuatu di laman blog. Banyak sangat melayan perasaan sendiri. Itu yang kongsi lirik lagu je banyak. Hikhik. 

Hati tisu? Oh no. Hati kecil je. Hihi. Eh takla. 

Ada masa, kita perlu beri ruang juga buat hati kan. Layan perasaan. Banyak lagu-lagu sentimental yang Cik Rose dengar di youtube. 

Ok, kembali ke tujuan asal. Nak menulis tentang Lip Ice. 

Lip Ice Magic Color

Cik Rose yakin ramai yang tahu jenama ni kan. Mesti ramai yang dah pernah guna. Cik Rose pernah guna dulu. Yang warna putih, ada perisa buah-buahan. Tapi, mint. 

Masa berlalu. Cik Rose dah tak guna lip balm. Alhamdulillah, tak mengalami masalah bibir kering sangat. Itu yang malas je nak guna. Aduh duh. Tak displin. 

Sampai satu hari, Cik Rose nampak officemate pakai. Emmm macam tergoda. Macam nak. Macam best. Susah jadi sejenis yang mudah terpedaya ni. Hahaha. 

Help me. Help me. 

Waktu lunch, Cik Rose ikut kengkawan keluar. Kitorang singgah Watson. Alamakkkkk. Cik Rose tak kuadddd... 

Takut sangat masuk Watson. Dari tak ada tujuan, eh tetiba penuh bakul! Hahaha.

Cik Rose pun terpandang di ruangan lip balm. Emm ternampak lip ice magic color ni.! Nak ke tak nak, nak ke tak nak. Emmm dok fikir-fikir. Pakai ke tak nanti. Maklumlah sekarang ni memang Cik Rose pakai lip cream jenis matte je. Bimbanglah kalau beli lip balm ni, tak pakai, nanti membazir. 

Akhirnya, dengan pantas tangan  Cik Rose mencapai lip ice magic color tu. Ada beberapa jenis tau. Cik Rose pilih pink mixberry.



Lip Ice Magic Color - Pink Mixberry

Katanya akan melembapkan bibir selama 10 jam. Wow! Warna akan berubah ke warna pink. Cantiknya pink pink ni. 


Betul ke? 

Setelah menggunakannya, Cik Rose rasa ianya berbaloi untuk dibeli. Memang melembapkan bibir. Lagi best, pakai dulu sebelum oleskan lip matte. Wah kesannya best sangat. Tahan lama warna bibir kita tu. Jangan risau, tak melekit. 

Cuma....

Cik Rose rasa tak selesa dengan baunya. Mixberry kan. Bila pakai, ada terbau masam buah berry tu. So, tak selesa sikit. Next time kalau Cik Rose nak beli, akan ambil yang original je. Tak ada perisa. 


Ada yang pakai juga lip ice ni? Jom share dengan Cik Rose. Sesuai ke tak dengan bibir korang. 



#beautyblogger

6 comments:

  1. akak pun suka pakai, masih lagi simpan untuk kegunaan bila bibir kering atau bila nak keluar tapi tak sempat pakai makeup... buat bibir merah-merah pun ok dah

    ReplyDelete
  2. banyak kali teringin nak beli tapi mesti tak terbeli haha

    ReplyDelete
  3. Cik akak suka jenis natural macam ni..hihi..merah nyala seram lak..hihi..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi lip ice ini.. tapi mungkin boleh cuba kot

    ReplyDelete
  5. Okay nanti akak nak cari lah lip balm ni. Dulu masa belajar pakai jugak lip balm jenis ni

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing the blog.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.