Assalamualaikum.
Berita tentang Lee Kwang Soo kemalangan mendapat perhatian Cik Rose minggu ni. Maklumlah peminat setia program Running Man. Cik Rose dapat tahu cerita ni dari satu post Kim Jong Kook di Instagramnya.
Eh tertanya-tanya macma mana keadaannya.
Sedikit perkongsian dari laman berita online :
BINTANG program Running Man juga pelakon popular, Lee Kwang Soo dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Februari lalu.
Akibat perlanggaran itu, Kwang Soo akan menjalani pembedahan buku lali petang
ini, lapor Soompi.
Perkara itu disahkan
oleh agensinya hari ini dan berharap peminat mendoakan yang terbaik buat aktor
itu.
"Pada petang 15 Februari (Sabtu), kereta dinaiki Kwang Soo terlibat dalam
kemalangan selepas sebuah kereta melanggar lampu isyarat.
"Setelah
melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran, Kwang Soo didiagnosis patah di
pergelangan kaki kanannya. Beliau dimasukkan ke hospital dan akan memberi fokus
kepada rawatan pergelangan kaki buat masa ini.
"Kwang Soo tidak
dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijadualkan termasuk penglibatan
dalam program Running Man buat sementara waktu dan kami berharap para
peminatnya memahami keadaan itu," kata agensinya.
3 Comments
oh nooo...kesiannyaaaa...moga cepat sembuh giraffe!
ReplyDeletesedih kan.. mesti episode 493 kwangsoo dah takda..
ReplyDeletehopefully he will get well soon..
ada terbaca jugak dekat ig runningman members... takde kwang soo tak best lah kan... bila kurang sorang ahli dah macam kurang best... akak walaupun kwang soo tu nakal dan selalu kene kacau dgn yg lain tetap suka dia... kt RM dia gila-gila, tengok dia belakon drama atau filem pun best...
ReplyDelete