Monday, February 03, 2020

Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Uyaina Arshad dan Sean Lee di Astro Ria

Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Uyaina Arshad dan Sean Lee di Astro Ria

Cik Rose baru tengok drama Jujurlah Nikahi Aku ni. Tu pun dah episod ketiga atau keempat. Best pulak. Boleh masuklah dengan Cik Rose. Nampaknya ken amarathon baliklah episod satu. 
Jadi, di sini Cik Rose kongsikan sinopsid drama ni. 

Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu. 




Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. 

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. 

PELAKON : Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar


2 comments: