EPISOD AKHIR DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 DI TV3. Assalamualaikum. Ramai yang tertunggu-tunggu kesudahan drama 7 Hari Mencintaiku 2 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha ini. Makin hari, makin geram. Perasaan bercampur baur.
Drama ni bermula dengan sifat degil dan mengada-ngada sangat watak Mia ni. Cik Rose rasa marah sangat dengan watak Mia ni tau dulu. Tapi, makin lama makin kita nampak ada rasional juga watak Mia. Kalau kita berada di tempat Mia pun, mungkin kita akan lakukan apa yang Mia lakukan. Sudah tentu kita lebih mempercayai ibu kandung kan. Dunia realiti. Tapi, siapa sangka yang betapa kejamnya watak Hayati, mama Mia ni. Lakonan Jasmin Hamid. Tak terjangkau dek akal yang Hayati sanggup memperlakukan Mia sedemikian rupa.
Minggu depan episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku ni. Ada 33 episod semuanya. Bermula minggu ini, bermulalah air mata Cik Rose akan laju turun. hihi. Kalau sebelum ni banyak air mata yang tumpah demi Sofi dan Helmi. Minggu ni, giliran Mia pula. Kesian sangat dengan Mia. Sampai hati Mak Leha buat Mia macam tu.
Walaupun Cik Rose dah baca novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah ini, tetap juga Cik Rose setia menonton drama ni. Barulah feel kan. Bayangkan, masa baca novel, bila part dialog Mia, Boleh pula Cik Rose baca gaya Siti Saleha! hahaha. Love sangat dengan lakonan Siti Saleha ni.
Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz, lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha.
Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memihat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumaah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya.
Setelah didesak, Khuzairi berjanji pada Mia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya kerana bimbang Syakila akan pikat semula Khuzairi. Manakala rumahtangga Helmi dan isterinya Sofi tidak lagi aman selepas bapa mertuanya, Datukk Johari tinggal bersama-sama. Helmi bertengkar dengan Dato Johari. Helmi kemudiannya menceraikan Sofi dengan disebabkan mandul. Dia berhasrat akan berkahwin dengan kekasihnya Linda. Mak Leha memarahi Nadia selepas mengetahui anak gadisnya memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkkan kekasih yang baru dikenali melalui Puan Hayati bernama Fariz. Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.
PELAKON : Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi
Tak dapat tengok di TV3 pada 7 malam? Jangan risau!
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 boleh ditonton secara online di https://www.iq.com/ atau boleh muat turun aplikasi iQIYI video - Dramas & Movies di google play smartphone korang.
Karya penulis, Siti Rosmizah ini benar-benar menarik perhatian Cik Rose.
Di bawah serba sedikit coretan kisah novel ini :
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya.
Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi.
Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
Nantikan episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 2.
0 Comments