Thursday, August 06, 2020

Sinopsis Drama Pencipta Pegang Waktu (TV3) Lakonan Que Haidar

Sinopsis Drama Pencipta Pegang Waktu (TV3) Lakonan Que Haidar. | Assalamualaikum. Drama yang disiarkan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bertajuk Pencipta Pegang Waktu. Antara peneraju utamanya adalah Que Haidar. 




Ramai yang ternanti-nanti drama lakonan Que Haidar ini. Umum mengetahui, Que Haidar jarang membintangi drama kebelakangan ini. Bila ada drama baru lakonan beliau, ramai yang tak sabar menanti. Pastinya drama lakonan Que Haidar mempunyai kualiti tersendiri. 


Setelah ia ditayangkan di TV3, bagai dikata, ramai yang memuji lakonan beliau. Cerita yang sarat dengan pengajaran dan realiti kehidupan. Drama ini turut dibintangi oleh Fauziah Ahmad daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid dan lain-lain.


Di sini, Cik Rose kongsikan sinopsis drama Pencipta Pegang Waktu ini. 


Sinopsis Drama Pencipta Pegang Waktu (TV3) 

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil begitu. Hanya ibu yang memahami. 

Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu. Zee ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. 




Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut. Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar. Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.


PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir






Cik Rose belum berkesempatan menonton drama ini lagi. Ada yang dah tengok? Macam mana, best tak? Rata-rata yang dah menonton cakap best. Ramai yang memji lakonan mantap semua pelakon. Cerita yang dekat dengan diri kita sebenarnya. Cerita realiti kehidupan. Cerita yang benar-benar ada di sekeliling kita. Cerita tentang tanggapan masyarakat. Ya, sudah tentu cerita ini kuat permainan emosinya. Boleh meruntun hati sesiapa yang menonton.


Walau kita cuba nafikan, ia benar-benar terjadi. Sukar dielakkan. Tak sabar Cik Rose nak menontonnya. Korang boleh tengok drama ni di https://www.iq.com/ atau boleh muat turun aplikasi iQIYI video - Dramas & Movies di google play smartphone korang. 


Tahniah buat semua yang terlibat dengan drama Pencipta Pegang Waktu.


1 comment:

  1. masa ni akak kat kampung mil memang payah sikit nak layan tv, almaklum ramai orang banyak ragam nya hehehhe... macam menarik je lagi lah bila yang berlakon tu que haidar

    ReplyDelete