Sunday, August 16, 2020

Senarai Peserta Big Stage 3 (2020) di Astro Ria

Senarai Peserta Big Stage 3 (2020) di Astro Ria . Baru perasan yang Konsert Big Stage 3(2020) berula 16 Ogos 2020. Dengarnya konsert ini akan diadakan dalam norma yang baru. 

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. 


Siapakah peserta Big Stage 3 ini? 


Peserta lelaki terdiri daripada Azzam Sham, Qody Rani, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, dan Amir Hasan. Manakala peserta perempuan ialah Nanasheme, Farisha Irish, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.


Nampak sangat Cik Rose kurang mengikuti perkembangan hiburan. Sebab ramai yang Cik Rose tak kenal. hihi. Kalau Usop, Qody, Nanasheme dan Hanie Soraya tu tahulah. 


 

Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Wahhh Faizal Tahir. Kali ini Siti Nurhaliza tidak terlibat sebagai juri, yam 


Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. 


Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Manakala tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.




Biodata Peserta Big Stage 3 (2020)


  • Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham, 23, dari Kuala Lumpur, (Azzam Sham)

  • Rossaidi Bin Abdul Rani, 26, dari Langkawi, Kedah, (Qody Rani)

  • Muhammad Saiful Naim Bin Muhammad Noor, 23, dari Kulim, Kedah, (Usop)

  • Muhammad Hafiz Bin Zainal, 28, dari Johor Bahru, Johor, (Hafiz Zainal)

  • Osama Yamani Bin Jamal Ubaidillah, 19, dari Ipoh, Perak, (Yamani Abdillah)

  • Muhd Fadhlullah Bin Abd Majid, 27, dari Melaka, (Fadh Majid)

  • Muhammad Dinie Bin Abdul Rashid, 28, dari Pulau Pinang, (Dinie Rashid)

  • Amir Abu Hasan, 24, dari Kuala Lumpur, (Amir Hasan)

  • Nur Nabilah Hashimi, 25, dari Kuching, Sarawak, (Nanasheme)

  • Farisha Binti Asmadi, 21, dari Selangor, (Farisha Irish)

  • Hanie Soraya Binti Taha, 26, dari Kuala Lumpur, (Hanie Soraya)

  • Alessandra Dianne Ampuria, 26, dari Sabah, (Sandra Dianne)


No comments:

Post a Comment