Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Jangan lupa tau. Sebenarnya sejak dari awal penularan Covid 19, kita dah diingatkan untuk memakai 'mask'. Namun, masih ada yang mengambil mudah akan hal ini. Dengan bersahaja, keluar rumah ke tempat-tempat awam atau sesak tidak memakai 'mask'.
Oleh itu, Kerajaan Malaysia mengambil keputusan mewajibkan pemakaian mask di tempat-tempat sesak dan di dalam pengangkutan awam.
"Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),"
Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.
Ramai Yang Keliru Di Mana Saya Wajib Pakai MASK?
Di sini, Cik Rose kongsikan di mana korang wajib pakai mask. Sumber dari MKN (Majlis Keselamatan Negara) sendiri.
1. Masjid dan Surau
2. Rumah Ibadat Bukan Islam
3. Majlis Sosial (contohnya Majlis Kenduri, Kursus dan lain-lain).
4. Pengangkutan Awam
5. Zoo
6. Bas dan Van Sekolah
7. Tempat Sukan dan Rekreasi ( wajib pakai masksemasa berada di kawasan premis, venue, tempat awam apabila tidak melakukan aktiviti sukan.)
8. Premis kesihatan (klinik dan hospital).
9. Pasar- pasar awam dan pasar tani
10. Pawagan & Acara Langsung (Live Event)
11. Peruncitan (Kedai, dobi, Restoran, Kompleks Membeli belah, Pasaraya, Bengkel, Stesen Minyak)
12. Kedai Gunting rambut
13. Spa, Pusat Kecantikan & Refleksologi
14. Pusat hiburan Keluarga
0 Comments