Kalau yang follow media sosial Cik Rose, mungkin boleh agak apa yang Cik Rose sedang gunakan kan. Terdahulu Cik Rose pernah cuba jenama Innisfree, Syahirah dan beberapa jenama lain. Untuk dua jenama ini, memang Cik Rose setialah. Sebab berkesan pada kulit wajah. Cik Rose menggunakan pencuci wajah dan toner sahaja. Yang lain, guna jenama lain.
Korang boleh klik pada bahagian menu Beauty .Cik Rose ada kongsikan sebelum ini.
Beralih arah pada Sendayu Tinggi
Pada tahun 2018, Cik Rose ada kongsikan satu produk Sendayu Tinggi yang Cik Rose try. Iaitu Pearl Cream. Boleh baca DI SINI.
Memang best pakai pearl cream tu. Walau kecil molek, tapi tahan lama. Harga pun mampu milik tau. Sesuai dengan kulit wajah Cik Rose. Andai pakai pearl cream, Cik Rose cuma letak bedak tabur (loose powder) sahaja. Dah tak pakai compact powder lagi. Bila pakai, kulit nampak kesan glowing. Krim ni bukan sekadar krim kecantikan, tetapi ianya merawat kulit kita. Korang kena try tau!
Bertukar kepada Cleansing Gel Pearl Yogurt dari Sendayu Tinggi
Entah macam mana boleh beralih arah ya? Manalah tak tergoda, kalau dah hari-hari tengok instagram owner Sendayu Tinggi iaitu Kak Yatie. Alahai, hati meronta-ronta nak cuba. Macam best jer, ada campuran yogurt ke ni. Tertanya-tanya sendiri time tu.
Apalagi, terus beli satu. Nak cuba sesuai ke tak. Tapi, memang tunggu pencuci muka lama habis dulu. Tak naklah ikut nafsu, membazir namanya kan. Ku sabar dan terus bersabar, harinya tiba. Yeayy dapat beli pencuci muka Pearl Yogurt tu. Cantik packagingnya!
Pearl Yogurt Cleansing Gel dari Pearl Series
Pembersih wajah yang membersih secara mendalam dan bantu singkirkan sisa kotoran tanpa mengeringkan kulit.
Dirumus khas mengecilkan tampilan pori, kedutan dan garis halus untuk kulit yang lebih anjal, cantik dan sihat. Dengan tekstur gel yang lembut dan ringan pada kulit.
Setiap cucian akan mencerah, melembap, menghalus dan melembutkan kulit wajah.
Formulasi dengan kandungan mutiara yang mengandungi amino asid, tinggi protein dan vitamin yang baik untuk kulit untuk bantu mencerahkan kulit, menganjalkan kulit & melambatkan proses penuaan kulit.
Turut diperkaya dengan kandungan yogurt yang akan bantu mencerah, melembap, menghalus dan menganjalkan kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit jeragat, kusam dan penuaan.
Yogurt juga akan bantu untuk memudarkan pigmentasi, jeragat & bintik hitam pada kulit wajah disamping melembut & menghaluskan kulit
Sumber : Website Sendayu Tinggi
Review selepas menggunakan Pearl Yogurt Cleansing Gel
Ini pendapat peribadi Cik Rose sebagai pengguna ya. Bukan review berbayar ya.
First time pakai, masa picitkan sedikit di tapak tangan, rasa best jer tengok. Warna putih yogurt ala-ala susu! Bau sedap. Jangan termasuk mulut sudah. Hahaha.
Lembut pada wajah. Ya itulah Cik Rose rasa. Tak keringkan wajah Cik Rose. Cik Rose konsisten pakai setiap pagi dan sebelum tidur, selama seminggu. Nak tengok kesannya pada kulit. Ok ke tak kan. Alhamdulillah, ok. Tak ada alahan ke apa ke. Bila dah sesuai, Cik Rose teruskan jer.
Korang, nak bagitahu ni! Best sangat. Silalah beli dan rasai juga. Ada yang tegur kulit Cik Rose tampak cerah sedikit. Eh kembang jap. Mula-mula malu. Yeke ni. Tapi dah dua tiga orang cakap, betullah kan. Kulit pun licin, tak ada masalah jerawat. Yang ketara, selalu kalau nak period, akan tumbuh jerawat mengada bawah hidung. Kali ini, macam tak ada pula. Happy bergandalah Cik Rose.
Memang nak displin je pakai. Nak setia. Ada member Cik Rose pun pakai. Kawan sepejabat. Kulit dia bersih jer. Tu yang jadi pemangkin buat Cik Rose juga untuk kekalkan pemakaian pencuci wajah Sendayu Tinggi ni.
Setakat ni, dah hampir sebulan pakai.. Memang puas hati. Dan masih ada separuh botol lagi. See, tahan lama kan!
Dalam set Pearl Series, ada cleansing gel, pearl essence, pearl cream dan pearl powder. Setakat ni baru cuba dua produk, iaitu cleansing gel dan pearl cream. Yang lain, mungkin akan dicuba juga nanti. Ehem, ehem. Sendayu Tinggi tak nak Cik Rose review ke?
Ok, baru cerita bab pencuci muka. Sekarang kita beralih pada toner. Cik Rosenak beritahu yang pemakaian toner amat penting ya untuk kulit. Jangan korang skip pula. No no no. Korang akan rasai perubahan sama ada pakai toner atau tidak.
Toner yang Cik Rose cuba adalah dari Glass Skin Series, iaitu Hydra Boost Toner
HYDRA BOOST TONER dari Glass Skin Series
Sesuai untuk semua jenis kulit
Bantu rawat masalah kulit terlalu kering, mengelupas, kasar dan terlalu berminyak.
Bertekstur cecair yang ringan dan mudah meresap pada kulit
Melembap dan melembut kulit
Buat kulit rasa segar dan terhidrat
Bantu anjalkan kulit dan melewatkan penuaan kulit
Bantu singkirkan sel kulit mati dan sisa kotoran
Mencerahkan kulit dan sekatakan tona wajah
Kawal pengeluaran sebum dan mengecilkan tampilan pori
Melicinkan kulit dan menghaluskan tekstur kulit
Dirumus dengan gabungan Rosa Damascena Flower Ekstrak, Witch Hazel dan Sweet Almond Oil.
Bebas Paraben .
Sumber : Website Sendayu Tinggi
Review selepas menggunakan Hydra Boost Toner dari Glass Skin Series
Toner ni best. Cik Rose pakai selepas cuci muka dengan Pearl Yogurt Cleansing Gel. Toner ni tak pedihkan kulit. Ia lembut pada wajah. Lagi satu, bau dia best!
Apa yang Cik Rose perasan , toner ni seimbangkan kulit wajah Cik Rose. Tak keringkan wajah dan tidak juga jadikan kulit berminyak. Rasa lembut je bila pakai. Tangan ni pun asyik nak pegang-pegang. hihi. Lepas cuci muka, mesti pakai. Ia cepat menyerap.
Alhamdulillah, setakat ni sesuai dengan kulit wajah Cik Rose.
Nak tahu tak, dalam Glass Skin Series ni ada juga serum dan sleeping mask. Cik Rose macam tak sabar dah nak beli sleeping mask tu. Ada kawan Cik Rose yang dah pakai. Kulit dia bersih uols!
Kulit kita berbeza-beza. Kita juga miliki masalah yang berlainan. Kena try and error. Dah jumpa yag serasi, kenalah setia kan. Displin pakai selalu.
Mungkin produk A sesuai dengan Cik Rose. Namun, tak sesuai pula dengan Cik Raisya. ( contoh ya teman-teman. hihi).
Kita kena tahu apa jenis kulit kita dan pakailah yang bersesuaian. Jangan main beli je tanpa tahu kandungan sesuatu produk.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis.
*Cik Rose pakai dan Cik Rose kongsi.
*Ada ke yang sudi sponsor Cik Rose? hihi.
1 Comments
dlu pernah pakai juga product sendayu tinggi..
ReplyDeletetapi x guna full range.. lepas tu stop. tapi ok je guna..
cuma x mampu maintain hehe..