Panduan Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa Gred KP41. Umum mengetahui, sekarang ni kalau nak memasuki Perkhidmatan Awam perlu lulus dahulu Peperiksaan Online. Baru berjaya ke peringkat seterusnya seperti ujian fizikal dan temuduga. 

Baru-baru ni Cik Rose berpengalaman menjawab peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41. Berdebar-debarnya bukan kepalang. Dok memikirkan nak jawab periksa. Dah lama tinggalkan dunia peperiksaan ni. Kali ini, terpaksa ku gagahi untuk menjawab peperiksaan. Selalu dengar kawan-kawan yang lain jawab jer. 

Peperiksaan diadakan selama satu jam bermula jam 10 pagi hingga 11 pagi. Ada dua seksyen, Daya menyelesaikan masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. 
Seksyen A tu adalah soalan matematik. Dan Seksyen B, soalan bahasa inggeris. 





PERHATIAN

Calon-calon yang lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Maklumat bekenaan Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 boleh dirujuk melalui pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-penguatkuasa-gred-kp41.

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Semakan penjadualan urusan ini juga boleh dibuat melalui pautan http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_penguatkuasa41.


Tertanya-tanya juga tugas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 ni apa? Maka, Cik Rose google dan jumpah deskripsi tugas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41. Namun, tak jumpa pula spesifik tugas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 di Kementerian Dalam Negeri ni. Cuma ada beberapa kementerian seperti di bawah :



DESKRIPSI TUGAS Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 :


  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.



KEPERLUAN ASAS BAGI MEMASUKI PEPERIKSAAN ONLINE: 


 Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet.  

Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari).  Jika semasa menjawab tiada sebarang downloading (soalan tidak terpapar), sistem hang atau tersekat-sekat, sila refresh browser. Jika tidak berjaya juga, sila tukar kepada browser lain (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari), atau logout dan login semula sistem.  

Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke SPA.



PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu.

2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan. 

3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula. 

4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan. 

5. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. 

6. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan. 



SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 


SEKSYEN A – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut: 

(i) Kemahiran Logik 

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 

(iii) Konsep Matematik 


(i) Kemahiran Logik 

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi 

Data Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik 

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 25 minit 
Soalan : 20 (aneka pilihan) 


SEKSYEN B – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS 

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. 

Masa : 20 minit 
Soalan : 20 (aneka pilihan)




Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA 


Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut: 

1. Virus, Malware, Spyware Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini. 

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak) Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda. Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masingmasing. Contoh: i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings ii. Chrome: Setting > Reset Settings Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA. 

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband) Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA. Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA. 

4. Windows Firewall Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda. Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan. 

5. Fungsi Auto Update Perisian Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda. 

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut. 

Semoga Berjaya! 




Post a Comment

0 Comments