Monday, September 07, 2020

Drama Pengantin Satu Malam Episod 15 - Episod 19

Drama Pengantin Satu Malam Episod 15 - Episod 19. Drama Pengantin 1 Malam ini menampilkan Nazim Othman sebagai hero dan Amelia Henderson sebagai pasangannya.


Tadi, Cik Rose buka instagram. Ternampak ig milik heroin Pengantin Satu Malam ni, Amelia Henderson. Perkongsian babak drama ni. Baru perasan, minggu ini dah masuk episod 15! Alamak, jauh ketinggalan Cik Rose ni. Penat pulak kalau nak kejar dari episod 1. 




Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Nazim Othman dan Amelia Henderson di TV3



Drama adaptasi novel Pengantin Satu Malam karya Sophiliea mengisahkan Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibunya atau maruah dirinya.

Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tak senonoh majikannya. Adi teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit dan memerlukan kos rawatan yg tinggi.


Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati, Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya.

Zahred yang membenci wanita dan Zulaikha pula tersedak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.



Senarai pelakon drama Pengantin Satu Malam


Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu




Drama adaptasi dari sebuah novel



SINOPSIS NOVEL PENGANTIN SATU MALAM


Zahred Hadri yang membenci wanita dan  Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya. 

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika. 

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.

“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”





Tonton online Pengantin Satu Malam



Kalau korang pun jenis ketinggalan keretapi macam Cik Rose, jangan risau. hihi. Boleh layan episod pertama hingga terkini dekat apps iQIYI. Download jer, senang nak tengok bila korang free!. Tak adalah nak kena tunggu depan tv dah lepas ni. Kadang-kadang waktu kita terhad. Sibuklah katakan. Tak terikut setiap episod. Apalagi, tengok je dekat apps, boleh skip-skip dan tak payah tengok iklan lama-lama. hihi. 


Drama Pengantin Satu Malam ni ada 28 episod. So, drama ni sudah separuh perjalanannya. Apa pendapat korang? Best ke tak? 

Bagi Cik Rose, auranya kurang. Tak macam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang meletop top top. Mungkin perjalanan drama ini sedikit perlahan. 

Apapun, setiap drama memiliki peminatnya yang tersendiri. Kita punya rasa berbeza. Raikan perbezaanya!





No comments:

Post a Comment