Immortal Songs adaptasi dari program Korea di TV3. Assalamualaikum. Sebenarnya Cik Rose tak tahu tentang rancangan Immortal Songs ni. Maklumlah TV3 ni, payah nak tengok kat rumah. Berkelip-kelip siarannya. Bukan TV3 je, semua channel yang bukan HD problem.
Dah call Astro, eh tak boleh juga. Dia ajar buat tu buat ni. Last-last kena technicion juga datang. Kena bayar ok, bukan free. Emm Cik Rose biar je dulu. Macam nak stop astro sebenarnya.
Eh terpanjang pula mukadimah astro. Kembali kepada tujuan asal. Nak cerita berkenaan program terbaru di TV3 iaitu Immortal Songs. Wah tajuk pun dah lain dari yang lain. Tahu program ni melalui kawan tempat kerja. Dia cakap ada Naqiu. Hihi, terus Cik Rose tengok di youtube. Itu episod kedua, bersama artis Ella.
Apa program Immortal Songs ni?
Rancangan hiburan 'Immortal Songs' ini diadaptasi dari ‘Korean Broadcasting System (KBS)’. Dalam setiap episod, seorang ikon lagenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini.
Enam penyanyi tersebut akan berentap antara satu sama lain menerusi persembahan dalam versi yang tersendiri menyanyikan semula lagu ikon legenda tersebut.
Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod
Immortal Songs dihoskan Ain Edruce di pentas utama, manakala Amy Mastura dan Fad Bocey menjadi pengacara belakang pentas.
Antara karyawan seni lagenda terbabit untuk program ini ialah Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir dan Fauzi Marzuki.
Manakala, barisan penyanyi yang menyertai pula ialah Naim Daniel, Hael Husaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Aman Aziz, Amir Masdi dan ramai lagi.
0 Comments