Thursday, September 10, 2020

lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama 9 September| SHOPEE memacu kebiasaan baharu dengan 9.9 Super Shopping Day

Shopee memacu kebiasaan baharu dengan 9.9 Super Shopping Day; lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama 9 September.

Rakan jenama dan para penjual menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 barangan dijual dalam seminit pada kemuncaknya!




Shopee, platform e-dagang no.1 Malaysia, menyempurnakan 9.9 Super Shopping Day yang paling berjaya setakat ini. Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk para penjual dan rakan jenama, dengan lebih 12 juta barangan dijual dalam sejam pertama pada 9 September.


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami amat berterima kasih kepada para pengguna, penjual dan juga rakan jenama atas sokongan padu yang diberi terhadap 9.9 Super Shopping Day. Tahun ini, kami mempunyai matlamat yang ringkas dan jelas bagi acara membeli-belah tahunan khas kami iaitu membantu komuniti kami pulih daripada kesan pandemik global. Ini termasuk mempercepatkan pemulihan untuk para penjual dan rakan jenama sambil menawarkan pengalaman membeli-belah yang unggul kepada pengguna kami. Kami gembira kerana kami sekali lagi berjaya mencapai prestasi luar biasa yang memecah rekod. Ini menunjukkan komitmen kami untuk berkembang bersama dengan komuniti dan perniagaan yang menerima perkhidmatan kami.”  


Shopee menunaikan tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day di rantau ini


9.9 Super Shopping Day merupakan batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana para penjual dan rakan jenama di rantau ini memaksimumkan keterlihatan dan jualan mereka di Shopee. Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut menikmati peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncak 9 September. 


Ekosistem Shopee yang kukuh memastikan urusan jual beli atas talian kekal lancar walaupun aktiviti membeli-belah memuncak semasa 9.9 Super Shopping Day. Para penjual dan rakan jenama memanfaatkan rangkaian logistik bersepadu Shopee untuk memenuhi pesanan mereka, sementara para pengguna menikmati transaksi yang lancar dengan pelbagai pilihan pembayaran di Shopee, termasuk dompet mudah alihnya ShopeePay.


Shopee juga membawakan koleksi hiburan yang hebat sepanjang 9.9 Super Shopping Day. Para pengguna menikmati keseronokan sepanjang hari dan memperoleh ganjaran istimewa dengan rangkaian permainan yang diperluas dalam aplikasi Shopee, dengan 250 juta permintaan untuk menyiram air di permainan kegemaran orang ramai, Shopee Farm.


Para pengguna menonton Shopee Live untuk berhubung dengan selebriti, penjual, dan jenama semasa tempoh 9.9 Super Shopping Day. Jumlah masa yang diluangkan untuk menonton penstriman langsung Shopee Live meningkat sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan hari biasa, diserlahkan oleh countdown dan penstriman langsung tanpa henti pada 9 September bagi meraikan 9.9 Super Shopping Day dengan para pengguna di rantau ini. Shopee Live juga membolehkan para pengguna mengetahui dan membeli mengikut trend terbaru, dengan 2.5 kali ganda lebih banyak produk dibeli semasa penstriman langsung dalam tempoh ini berbanding dengan hari biasa.






Sorotan 9.9 Super Shopping Day di Malaysia 


9.9 Super Shopping Day juga merupakan kejayaan besar di Malaysia. Kelengkapan rumah dan kediaman merupakan salah satu kategori produk yang paling popular pada 9 September dengan rakyat Malaysia beralih ke Shopee untuk menyerlahkan rumah mereka.


Rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat memanfaatkan 9.9 Super Shopping Day untuk memenuhi keperluan membeli-belah mereka, seiring dengan pembelian atas talian yang menjadi lebih penting semasa kebiasaan baharu. Khususnya, kaum lelaki banyak membeli telefon pintar sementara sabun pencuci pakaian menjadi kegemaran di kalangan kaum wanita. Produk bayi termasuk lampin bayi, tisu basah dan pelitup muka untuk kanak-kanak sangat popular di kalangan pengguna berusia 18 hingga 34. Pengguna berusia 35 hingga 50 pula kebanyakkannya membeli kelengkapan rumah seperti alatan untuk penyimpanan misalnya rak dan kotak storan serta bekalan untuk membasuh seperti sabun pencuci dan juga span. Sementara itu, pengguna dari semua peringkat umur tanpa mengira jantina dan bangsa dilihat membeli MILO yang terbukti merupakan minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia. 


Jenama, peruncit dan penjual barangan mudah alih serta elektronik di Shopee Malaysia mencatat prestasi hebat pada 9 September. Sebagai bukti kepada permintaan tinggi oleh pembeli, 1,000 unit telefon pintar POCO X3 NFC (6GB + 128GB) yang baru dilancarkan berjaya dijual dalam masa 2 minit pertama jualan ini, pada pukul 12.02 tengah malam.


Ho merumuskan, “9.9 Super Shopping Day memulakan musim membeli-belah akhir tahun dan tahun ini, ia juga menandakan permulaan usaha kami untuk mengorak masa depan e-dagang dalam kebiasaan baharu. Kami berjanji akan berusaha lebih keras untuk memberi para pengguna pengalaman yang menggembirakan di Shopee, sambil mendorong penjual dan rakan jenama ke tahap lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang.” 


No comments:

Post a Comment