Moratorium tamat 30 September 2020 | Apa Yang Perlu Anda Lakukan.Bermula Oktober, para peminjam perlu menyambung pembayaran hutang bank namun sejumlah kategori mendapat beberapa kemudahan.
1. Penangguhan tiga bulan untuk mereka yang hilang kerja tahun ini
Mereka yang hilang kerja pada tahun ini dan belum mendapat kerja baru layak mendapat penangguhan ini.
Jika mereka masih berdepan masalah sama selepas tempoh itu, moratorium boleh dilanjutkan oleh bank tetapi bergantung kepada situasi individu peminjam.
2. Pengurangan bayaran bulanan untuk mereka yang dipotong gaji
Peminjam yang berdepan pemotongan gaji susulan kesan ekonomi daripada Covid-19 boleh mendapatkan pengurangan bayaran bulanan.
Kadar pengurangan bergantung kepada kadar pemotongan gaji mereka dan juga jenis pinjaman.
Bagi pinjaman perumahan dan peribadi, bayaran ansuran akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Kadar bagi bentuk pinjaman lain tidak dinyatakan.
Pengurangan ini bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan, tertakluk kepada keadaan gaji pada masa itu.
3. Peminjam lain boleh berunding dengan bank untuk mendapat bentuk bantuan tertentu
Muhyiddin berkata, pihak bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat Covid-19.
Berikut adalah bentuk bantuan yang ditawarkan:
- Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.
- Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.
- Pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
Peminjam yang berdepan masalah kewangan dan layak untuk mendapat bantuan di atas boleh membuat permohonan dengan bank masing-masing bermula 7 Ogos 2020.
2 Comments
thanks for sharing
ReplyDeleteGood info. Thanks sharing
ReplyDelete