RESEPI MUDAH MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH STYLE CIK ROSE

RESEPI MUDAH MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH STYLE CIK ROSE. Assalamualaikum. Selamat tengahari. Dah masak ke? Atau beli jer? Order food panda, mudah!


Ehem ehem. Sesekali memasak, berpinggan-pinggan makan. Ni yang bahaya kalau masak. Tak boleh control diri sendiri. Tiba-tiba rasa macam jadi seorang chef terkenal. Awat yang sedap sangat ni? Pandainya masak. (isi bakul angkat sendiri) Jangan muntah! hihi. 


Tiba-tiba jadi baik. Sayang kalau nasi tak habis. Nanti nasi tu nangis. Maka, berseleralah menjamu nasi bersama asam pedas special ni. 




Ni gambar masa cuti Hari Malaysia, 16 September 2020. Hari cuti, maka ada mood nak masak. Maka terhasillah asam pedas yang sedap rasanya dan mudah pula nak masak.


Simple-simple je masak. Guna apa yang ada sahaja. Asal ada rasa, onz jer kan. 


Asam pedas style Cik Rose. Memang tak ada sukatan. Tambah, tambah bahan sampai rasa ok. Kali ini, guna ikan merah. Beli dua ketul dia kedai. Ala nak makan sorang, memang beli tak banyak. Hari berkerja memang tak masak. 



RESEPI MUDAH MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH STYLE CIK ROSE



Bahan-bahan :


2 ketul is ikan merah


Bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, dan halba di kisar.


Cili kisar


Asam keping ( sebab tak ada pula asam jawa) Rupaya ada je dalam peti ais. Dah terlambat. Cik Rose dah masukkan asam keping. hihi. 


Bunga kantan. Cik Rose letak dua. Bunga kantan tu belah dua. 


Daun kesom. Agak-agak jumlahnya.Cik Rose letak banyak juga sebab memang suka aroma daun kesom dan memang aka makan. 


Garam


Kalau ada tomato, korang letak ya. 



Cara-cara masak asam pedas ikan merah


Pertama sekali, panaskan minyak. Kemudian, tumis bahan kisar dahulu. 


Bila dah wangi, masukkan cili kisar. Biarkan hingga masak.  


Kemudian, masukkan isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Biarkan seketika, perasakan dengan garam. Kalau ada tomato, letak juga.


Dah siap! Memang sedap ada aroma bunga kantan, daun kesom dan jintan yang kita campur tadi. 


Selamat mencuba! 



Masak simple macam ni , boleh memikat selera tau. Masak sendiri ni lagi best. Dapat adjust rasa yang kita nak. Betul kan? 




Post a Comment

0 Comments