Harga Proton X50 | Tempah sekarang hanya RM500

Harga Proton X50 | Tempah sekarang hanya RM500. Assalamualaikum. Kenderaan terbaru dari Proton yang penuh misteri dan teka-teki, iaitu Proton X50.


Ramai yang tak sabar nak tunggu kemunculan Proton X50 di jalan raya. Namun, pihak Proton masih berahsia tentang harga sebenarnya. 






Gambar Proton X50


Gambar rasmi SUV ini telah pun dipertontonkan dalam satu majlis dianjurkan Proton. Rata-rata penonton teruja melihat SUV ini. 




Tempah Proton X50 sekarang dengan hanya RM500!


Yeah. Dah boleh booking ya. Dengan bayaran RM500.  Macam mana? Ada yang berminat tak? 



Spesifikasi Proton X50



Sumber : Astro Awani




SPESIFIKASI ASAS PROTON X50

Proton X50 mempunyai empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Didatangkan dengan enam warna jet grey, ocean blue, passion red, silver dan oren.



Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan terkini, mod khas.
Selain itu, mempunyai enam beg udara bagi ciri keselamatan.
Ruangan lapan pemegang cawan, 3+1 USB, dua tone warna untuk varian premium dan flagship.





SPESIFIKASI ENJIN PROTON X50

Enjin SUV ini dibangunkan 100 peratus oleh Volvo menggunakan enjin model XC40.
Menggunakan enjin 1.5 liter disertakan dengan turbo (mengikut varian) serta transmisi tujuh gear.
Timing belt dikemaskini daripada model-model terdahulu sekaligus mengurangkan getaran pada bahagian enjin dan dashboard.
Bagi penggunaan petrol pula, satu liter mampu bergerak sejauh 16 kilometer (6.4 liter untuk 100KM).




CIRI-CIRI EKSKLUSIF

Proton X50 didatangkan dengan ciri-ciri eksklusif antaranya mempunyai sistem mengesan manusia dan objek, berbeza dengan X70 yang hanya mempunyai sistem mengesan objek sahaja.
'Sunroof' hanya kepada varian Premium dan flagship sahaja, 90 peratus tinted dan dilindungi sinaran ultra violet (UV).
Ciri-ciri lain termasuk Advance Driver Assistance System (ADAS) 2.0.
Bagi kelengkapan kamera, varian standard kamera hadir pada bahagian depan dan belakang kenderaan sahaja manakala Executive ke atas mempunyai kamera 360 darjah.
Voice command pula kini bersuara perempuan berbeza dengan Proton X70 yang menggunakan suara lelaki.
Untuk model premium dan flagship Infotainment (10.25 inchi) manakala standard dan executive (8 inci)


Ada yang berkenan? Apalagi, tempah sekarang.

1 comment:

Powered by Blogger.