Senarai peserta Gegar Vaganza Musim Ketujuh tahun 2020 di Astro Ria

Senarai peserta Gegar Vaganza musim ketujuh tahun 2020 di Astro Ria. Assalamualaikum. Ramai yang ternanti-nanti pengumuman dari Astro siapakah artis yang akan bersaing dalam Gegar Vaganza Musim ketujuh pada tahun ini.




Program Big Stage bakal memasuki peringkat separuh akhir pada minggu hadapan, dan seterusnya konsert final. Ini bermakna Gegar Vaganza 7 bakal memulakan saingan dalam waktu terdekat. 


Gegar vaganza 7 akan bermula dengan konsert pertama pada 11 Oktober 2020 ini. GV7 akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam untuk 10 minggu di Astro RIA, RIA HD, dan Astro GO. Ianya akan berlansung di PICC, Putrajaya. Dan bilangan penonton yang hadir adalah terhad dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan





Jom tengok siapakah bakal bersaing pada tahun ini. 


Senarai 14 Peserta GegarVaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020


  1. Cliff Umar- (Projek Pistol)
  2. Haslinda
  3. Yantzen
  4. Ashira
  5. Nomad ( Nur Mohd Alieff Ayub )
  6. Rozita Izlyn
  7. Ayu Damit (Bekas Juara One In The Million)
  8. Oja (Daninas Huza Daud)
  9. Kumpulan Indigo ( Bad, Shah dan Zam)
  10. Linda Nanuwil
  11. Aju Success
  12. Kumpulan EVA
  13. Mus MAY
  14. Noraniza Idris

Wah hebat-hebat ya. Jika dilihat pada senarai artis yang bertanding ni, mata Cik Rose tertumpu pada Noraniza Idris. Tak sabar nak lihat aksi Kak Ani. Rindu! 


Linda Nanuwil. Ishhh lama dah tak tengok sejak habis zaman AF. Teringat lagu Jika Kau Kekasih tu. Sedap! 

Jika dilihat dari senarai artis ni, nama Ayu Damit paling junior kan. Bekas Juara One In The Million. Ayu ada je buat persembahan di kaca televisyen. 


Pengacara Gegar Vaganza 7 (tahun 2020)

Masih mengekalkan gandingan hebat lagi serasi,  Nabil dan Jihan. Meriahlah nanti. Tak kering gusi tengok program ni tau. 



Juri tetap Gegar Vaganza 7 (tahun 2020)

Juri bagi program Gegar Vaganza, tak lain dan tak bukan,  Dato' Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim. 


2 comments:

  1. yelah kan masih covid lagi, tak dapatla bawa ibu hetty... bosan kadang datok katty ni... asikla cakap psl kirim salam itu ini sampaikan annoying hehehhe...

    nampak ramai yang dah lama tak muncul pesertak kali ini, cumanya ramai yang macam tak kenal sangat

    ReplyDelete
  2. Akak pulak tak minat suara noraniza idris ni..bergetar kuat sangat..Hahah.. Akak pilih Haslinda dengan Ayu la.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.