Saturday, September 26, 2020

OST DRAMA RYAN ARALYN | Sarah Suhairi & Aepul Roza Lirik Entah Apa (Official Music Video)

OST DRAMA RYAN ARALYN | Sarah Suhairi & Aepul Roza Lirik Entah Apa (Official Music Video) 


Lagu baru nyanyian Sarah Suhairi dan Aepul Roza, berjudul Entah Apa. Lagu ini adalah ciptaan dari komposer Argo dan lirik ditulis oleh Aepul Roza dan Argo. 


Lagu ini menjadi lagu latar (Ost) bagi drama Ryam Aralyn, lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama yang menggantikan Pengantin Satu Malam ini disiarkan di TV3, jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. 


Ada yang dah dengar lagu ni? Sedap suara kedua -dua penyanyi ni. Boleh layanlah. Lagu sedih gitu. 





Jom, Cik Rose kongsikan lirik lagunya dengan korang. Kalau nak dengar, boleh ke saluran youtube Rusa Music ya. 



BACA JUGA Sinopsis penuh drama Ryan Aralyn di TV3 : https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/09/sinopsis-drama-ryan-aralyn-lakonan-zul.html?m=1



Lirik lagu Entah Apa - Sarah Suhairi dan Aepul Roza


Berikan aku waktu
Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini
Kau tinggalkan perlahan

Berikan aku raung
untuk aku meluahkan
rasa yang mendalam

Rasa yang takkan pernah
kau faham

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Haruman ini melemparku pergi
kembali pada bila
ku cuba melepaskan semua

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Berikan aku waktu
untuk aku meluahkan 
apa rasanya hati ini
yang kau bunuh perlahan


#sarahsuhairi
#aepulroza
#ryanaralyn


No comments:

Post a Comment