Thursday, September 03, 2020

Sinopsis Filem Jebat Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose di Astro First Mulai 3 September 2020

Sinopsis Filem Jebat Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose di Astro First Mulai 3 September 2020. Assalamualaikum. Filem terbaru lakonan Sharnaaz Ahmad bersama Nelydia Senrose berjudul Jebat. 


Filem Jebat arahan Jamal Khan ini telah akan ditayangkan terus "di pawagam rumah anda" mulai 3 Sept 2020 melalui Astro First. Jangan lupa langgan ya. Boleh tengok dengan selesa di rumah! 


Filem ini ialah susulan daripada siri drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang disiarkan sebanyak 60 episod di Astro pada tahun 2013. 





" Mas, Jebat yang kau sayang sangat-sangat ni pasti akan bertukar menjadi suami yang paling kau benci." - Jebat


" Mas dah curahkan semua perasaan Mas, hati Mas. Tapi, ini ke yang Mas dapat dari Abang?" - Mas.





Sinopsis Filem Jebat

Jebat merupakan seorang bekas ketua gangster yang telah berhijrah dan ingin memulakan hidup baru sebagai penternak ikan. Hannah Mastura pula merupakan seorang gadis yang cantik, bijak dan kaya telah menyimpan perasaan terhadap jebat selepas melihat sikapnya yang tenang, rajin dan baik hati.

Mastura cuba mendapatkan perhatian Jebat meskipun Jebat merasa aneh apabila seorang gadis yang sempurna seperti Mastura berminat ingin mendekati lelaki biasa seperti dirinya. 

Pelakon
Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Sangeeta






Sinopsis Novel Jebat - Karya E-Man Sufi


Cinta. Itu yang dirasakan Mastura kepada suaminya, Jebat. Lelaki yang dingin namun seksi dengan parut di dahi. Hidup bersama Jebat, semuanya indah. Mastura bahagia.

"Asal ada abang, Mas tak makan pun tak apa..." - Mastura

Dia ingin melakar bahagia dengan membina momen-momen indah bersama Jebat.

"Terima kasih sebab kau sudi jadikan aku suami kau... Aku ni apalah yang ada, kan? Kadang-kadang aku rasa risau kalau aku tak dapat bahagiakan kau, Mas... Tapi aku janji aku akan berusaha jadi suami yang paling baik walaupun aku tak ada harta nak mandikan kau dengan kemewahan." - Jebat 



No comments:

Post a Comment