Episod Akhir Drama Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin

Episod Akhir Drama Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin. Assalamualaikum. Ramai yang ternanti-nanti episod akhir drama Bidadari Kiriman Tuhan ini. 


Salah seorang yang tak sabar, mestilah Cik Rose. Nak tahu apa kesudahannya drama ini. 



Apa yang bakal terjadi pada Manja. Serius, minggu lepas Cik Rose menangis tengok watak Manja. Sungguh murni hati Manja. 


Manja adalah adik kembar pada Manis. Dalam drama ni, Manis jadi akak, dan Manja adalah adik. Namun, Cik Rose teringat kata-kata neneknya. Nenek cakap,  sebenarnya yang keluar dulu adalah adik, iaitu Manis. Kakak akan berkorban untuk selamatkan adik. Jadi, kakak akan biar adik keluar dulu. 




Di akhir-akhir episod ni,  kita akan lihat watak Manis yang tiba-tiba berubah. Jadi pemarah. Manis, janganlah begitu. Manis suka marah-marah Manja. Dah bahasakan diri aku kau. Tak ada dah akak akak. Sedihnya hati. Manis juga dah pandai mengungkit. Siap marah-marah mak dan nenek!


Kita yang tengok ni, yang akan emosi tau. Geram jer. 


Cikgu Yusof pula slow sangatlah. Kalau betul sayang Manja, luahkan je. Bagitahu Manis perkara sebenar. Jangan bagi Manis harapan. Manis nak kepastian. Jangan terus berdiam. Akhirnya hubungan Manis dan Manja yang retak.


Apakah kesudahannya?


Korang kenalah tengok episod akhir drama Bidadari Kiriman Tuhan ini esok, iaitu hari Isnin, jam 10 malam. 




SINOPSIS DRAMA BIDADARI KIRIMAN TUHAN


Menceritakan tentang kisah kembar manis dan Manja (lakonan Mira Filzah).

Manis bertugas sebagai seorang guru tadika dan bercinta dengan cikgu Yusof (lakonan Zul Ariffin) dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.


Tetapi hubungan itu tidak disukai oleh adiknya Manja kerana bimbang dirinya ditinggalkan.Manja adalah kembar Manis seorang autisme yang sukar dikawal.( tapi, comel watak Manja ni tau!) Nak telur dadar, nak telur dadar. hihi. Kalau tak ada telur dadar, dia mengamuk! hahaha. Kesian Mak dorang. 

Apa yang dirancang tidak kesampaian apabila tiba-tiba Manis menerima pinangan seorang lelaki bernama Ikram (Lakonan Adlin Aman Ramlie). Kenapa tiba-tiba ya? Bermula dengan salah faham sebenarnya. Mak Ikram ingat yang Manis dan Cikgu Yusof dah tiada hubungan. Sebab tu dia pinang Manis untuk Ikram .

Watak Ikram ni sesuatu sangat. Malas kerja, rapat semacam dengan anaknya, Ayu. Suka marah- marah Manis. Bertabahlah Manis ya. Nak berkorban tak kena tempat. Manis terima pinangan sebab nak balas jasa Mak Ikram yang banyak membantu keluarganya. Alahai! 

Apakah kesudahannya percintaan mereka yang terputus ditengah jalan ini? Kenalah tengok sampai habis. 




Drama ini menampilkan gandingan hebat Mira Filzah dan Zul Ariffin, yang diterbitkan Opera Klasik Sdn Bhd dan arahan Rashid Sibir.


WATAK PELAKON BIDADARI KIRIMAN TUHAN

Mira Filzah sebagai Manis Suhaila / Manja Suhana
Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
Zarina Zainuddin sebagai Maria
Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah



JUDUL : BIDADARI KIRIMAN TUHAN 
EPISOD : 25 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Opera Klasik Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Zul Ariffin, Mira Filzah, Maisara Sufia, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Zarina Zainuddin, Ruzaidi Abd Rahman

3 comments:

  1. best drama ni..esok kena tengok mi episod last dah

    ReplyDelete
  2. Memang meresap ke jiwa menghayati drama ini sehingga berlinang air mata!

    ReplyDelete
  3. Best betul drama ni.Jalan cerita nya yang best.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.