Lirik Lagu Teman - Iman Troye (Official Music Video). Assalamualaikum. Aku pilih pilih lagi, pilih pilih hati, puas ku mencari. Aduhai lirik ni dok melekat je dalam kepala. hihi.
Start dengar lagu ni masa tengok tik tok. Ya jangan tak percaya ya. Cik Rose ada tik tok. Pergilah follow beramai-ramai. Cari jer Rossabella_Lavender. Kenalah promote sendiri. Siapa lagi nak promote. Tapi tak ada video goyang-goyang ya. Hanya video aksi Kitty sahaja. Kitty my baby cat. wah gitu.
Terjumpa lagu Iman Troye , berjudul teman. Eh macam syok je. Boleh layan la. Ada juga tengok adik Khai Bahar cover lagu ni. Wahh adik Khai Bahar pun boleh menyanyi!
Siapa Iman Troye ni? Serius Cik Rose tak kenal mula-mula. Rupa-rupanya Iman Troye pernah muncul dalam program I Can See Your Voice Malaysia.
Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya dengan korang ya. Nak dengar lagu ni, boleh cari sahaja di youtube ya.
Lirik Lagu Teman - Iman Troye (Official Music Video)
Langitan biru ditakluk awan
Senangnya bila berdua-duaan
Saat berjauh rindu-rinduan
Dengan si dia yang kuidamkan
Kini aku kesunyi-sepian
Berbantal panjang sebagai teman
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Jadikan ku teman (teman teman teman)
Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan (teman teman teman)
Haruskah ku terus mengimpikan
Adakah kita 'kan berkekalan
Mungkinkah kita tak sehaluan
Kini gugur bila dibiar
Ku tertanya-tanya mengapa hanya sementara
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Jadikan ku teman (teman teman teman)
Berteman dan meneman
Bukan sekadar kawan (teman teman teman)
Huu, ku kepikiran
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Gilir-gilir janji
Yang dimungkiri
Pilih pilih hati
Puas ku mencari
Jadikan ku teman (teman teman teman)
Dan jika kau berkenan jadikan ku teman mu dan bukan
Bukan sekadar kawan
Oh bukan
Bukan sekadar kawan
1 Comments
Akak pun ada juga akaun tu tapi masalahnya sekarang password dah lupa hehe
ReplyDelete