Penjawat Awam Selangor terima bonus setengah bulan gaji 29 Disember 2020. Assalamualaikum. Pembentangan Belanjawan Selangor 2021, telah berlangsung petang tadi.
Antara intipati di dalam belanjawan tersebut adalah pengumuman oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai bonus buat penjawat awam di Selangor. Untuk makluman, ia hanya untuk lantikan Kerajaan Negeri sahaja. Tidak termasuk penjawat awam lantikan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Selangor. Ada yang salah faham mengenai situasi ini dengan menganggap semua penjawat awam di Selangor terlibat.
Menteri Besar Selangor mengumumkan bonus setengah bulan gaji ini akan diterima oleh gred 54 ke bawah pada 29 Disember 2020.
Sumber : Berita Harian Online
Untuk menghargai usaha dan komitmen penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri, sukacitanya saya mengumumkan BKK kali kedua untuk tahun ini.
"Bagi BKK kali kedua, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah.
"Insentif ini membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM16.53 juta yang akan dibayar pada 29 Disember ini," katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Pada Jun lalu, Selangor mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 secara sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.
Amirudin berkata, bantuan tanda terima kasih itu turut meliputi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan peruntukan RM18.5 juta.
1 Comments
Syukur.
ReplyDelete