Tuesday, November 24, 2020

CERITA KITTY | PENGALAMAN PERTAMA KALI JAGA KUCING

CERITA KITTY | PENGALAMAN PERTAMA KALI JAGA KUCING

Assalamualaikum. Lama nak bercerita tentang Kitty. Tapi, belum ada masa terluang yang betul-betul lagi nak menulis masa tu. Kali ini,izinkan Cik Rose nak memperkenalkan buah hatiku ini. 


Kitty nama diberi. Kitty nomey nomey, nama timangannya. 




Jangan salah faham. Bukan gegirl ya. Kitty ni boboy. Hihi. 



TAKUT KUCING DARI KECIL! 


Ya, sememangnya Cik Rose ni takut kucing. Tak berani nak pegang, makanya memang tak beranilah nak jaga kan. Suami pula memang suka kucing. Rumah mertua pun banyak kucing. Dah lama suami nak jaga kucing di rumah, tapi tak kesampaian sebab isterinya ni takut!


Boleh baca cerita Cik Rose mengenai Ailurophobia (Takut kucing) di entry bawah :


AILUROPHOBIA | Takut Kucing Bukan Perkara Main-Main



KISAH PKP DAN KEHADIRAN KITTY


Nak dijadikan cerita, suami Cik Rose terlibat dengan SJR(sekatan jalan raya) di Muar masa musim PKP. Bermula bulan Mac, sewaktu PKP diumumkan.


Dalam hujung bulan Mei, seingat Cik Rose 20 Mei 2020, suami bawa balik anak kucing dari Muar. Kecil je dia. Umur dalam 2 bulan rasanya. Atau tak sampai 2 bulan ea? Cik Rose tak pasti. 


Terkejut Cik Rose masa tu. Adakah anak kucing ini juga adalah sebahagian dari hadiah hari lahirku? Hihi.. Untuk makluman, birthday Cik Rose, 9 Mei. (apalagi, kirimlah hadiah). hahaha. 




Gambar kat atas ni adalah gambar anak kucing comel tu, malam pertama di rumah Cik Rose. Masa ni Cik Rose tak tahu jantinanya. Tanpa mengambil kira jantinanya, Cik Rose berikan nama dia Kitty. 

Dek kerana kecomelannya, Cik Rose rasa nama Kitty memang sesuai sangat. Hahaha. 


JATUH CINTA PANDANG PERTAMA


Tiba-tiba ketakutan Cik Rose hilang bila ada Kitty. Masa mula-mula sampai rumah, Kitty memang takut. Kesian dia. Tempat baru kan. Dia tak biasa lagi. Dia macam tercari-cari.Duduk belakang langsir, duduk di sudut dapur.  


Bila dah lama sikit, Kitty dah ok. Dia dah biasa di rumah. Mula-mula sampai dia hanyak duduk dapur. Tak berani nak menjelajah rumah. Sikit demi sikit dia mula berani. Jalan ke ruang tamu dan seteriusnya bilik. 


Tapi kan, Kitty bukan jenis kucing yang jinak. Dia jenis agresif. 




Masa ni, mak ayah dan anak saudara Cik Rose ada di rumah. Tak dapat balik Kedah sebab PKP. Anak saudara Cik Rose,  rajin melayan Kitty. hihi. Main-main dengan Kitty. 


Nak tahu tak, seminggu pertama di rumah,  kitorang letak Kitty dalam sangkar malam-malam. Tapi, Cik Rose tak sampai hati pula. Sebab Kitty asyik mengiau mintak dilepaskan. Cik Rose pun minta tolong anak saudara,  Arif bebaskan Kitty dalam rumah. Hihi. 


Tapi, Kitty suka gigit kaki pula. Ganggu diorang nak tidur. Kurung semula dalam sangkar. 


Gambar di bawah ni, Kitty di dapur. Masa ni,  Kitty hanya berani di dapur sahaja. Dah macam penjaga dapur. hihi. 


 


Seminggu pertama, Kitty banyak habiskan masa dalam sangkar. Sebab nak latih dia. Supaya pandai membuang dalam bekas pasir. Kitty memang bijak. Kejap je dia pandai. Syabas sayang.. 


Hati jadi sayu sangat bila dengar Kitty mengiau malam-malam dalam sangkar. Itu yang terud lepas Kitty dalam rumah. Biar dia bebas. hikhik.



Geram dengan bulu Kitty. Cantik menyacak jer. Mata bulat. Jalan terkedek-kedek. hihi. 


Ok. Setakat ni dulu cerita Kitty, Part 1 gitu. Cik Rose cerita lagi di entry akan datang perkembangan Kitty. 



#kucingcomel

#catslife



6 comments:

  1. comelnya.. sesuai dengan nama kitty tu..hahah

    ReplyDelete
  2. baru ni kucing syeeda kena patuk ular, sebiji rupa mcm kucing cik rose.. sedih sgt huhu

    ReplyDelete
  3. Moga Kitty membesar dengan sebaik-baiknya ya. Aamiin. Cumil kamu.

    ReplyDelete
  4. alololo :)
    comel nyer kitty.

    aida ni penakut kucing, cikrose.
    memang tak la membela kucing.
    kucing dekat pun aida rasa nak lari! :) ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. comelnyaa Kitty.. hehe nanti da besar tu jadi yensem boi..
    betul kalo orang takut kucing mmg jgn laaa pegi usik2.. tapi ni nanti lama2 CikRose sayang ni..

    ReplyDelete