Thursday, November 05, 2020

Final The Masked Singer Malaysia di Astro Warna

Final The Masked Singer Malaysia di Astro Warna. Assalamualaikum. Diam tak diam, rancangan The Masked Singer Malaysia menuju ke peringkat  akhir! 

Siapa bakal bergelar juara bagi musim pertama The Masked Singer Malaysia? Antara Enggang, Wau, Rajah Brooke, Bunga Raya dan Orang Utan. Korang rasa siapa yang akan menang? Emm susah nak dijangkakan. Sebab setiap minggu, persembahan mereka berubah-ubah. 






Seperti yang kita tahu, minggu lepas Refflesia telah tersingkir. Sayangnya. Sebab Cik Rose suka Rafflesia. Dah boleh agak memang Datin Paduka Eina Azman! Suara serak-serak basahnya.  Lepas tu ada klu masak, bergaya, tiktok dengan pembantu rumah.  


Tinggal 5 peserta yang akan berentap merebut gelaran The Masked Singer Malaysia yang pertama. 




 


Jom teka siapa di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia.


Cik Rose saja-saja teka yer. Tak tahulah betul ke tidak. hihi. 




Wau - Datin Alyah




Rajah Brooke - Shila Amzah




Orang Utan - Azad Jazmin / Kamal Adli




Bunga Raya -  Aina Abdul / Shiha Zikir




Enggang - Vince AF1 / Zarul Umbrella





Lagu yang bakal dinyanyikan pada malam ini adalah :


Orang Utan - Apa khabar & Sang Saka Biru

Enggang - Tiada Lagi ( Amy Search)

Wau - Opera Hidup & Pawana

Bunga Raya - Listen (Beyonce)

Rajah Brooke - Ku bersuara (Ernie Zakri)






Cik Rose tengok juga rancangan ni. Bolehlah layan jugak. Main teka-teka. Bab peserta dan pengacara dah best dah..Bila bab juri ni, geram je rasa! Menahan geram tu sampai kan Cik Rose terpaksa mute tv masa juri dok teka. Entah apa-apa je la yag di teka. Ella dan Pak Nil ok sikit. Rasional la jugak. 






Sedikit perkongsian, dari Astro Gempak: 


Program ‘The Masked Singer Malaysia’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri yang menampilkan para peserta yang terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni. Kesemua 12 peserta misteri ini akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri yang juga figura dihormati dalam industri.


‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai. 


Untuk musim pertama ini, seramai sembilan (9) orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap dan mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.


Masih mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara musim pertama.


Siapakah mereka di sebalik kostum ini? 

Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda? Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam! Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Barisan Peserta Yang Telah Tersingkir :


Nasi Lemak - Datuk Mirnawan Nawawi




ABC - Yana Samsudin


Rimau - Ebby Saiful


Musang King - Zain



Ayam Jantan - Hairul Azreen


Reno - Chiwan



Rafflesia - Eina Azman




Jangan lupa saksikan Final The Masked Singer Malaysia di Astro Warna, jam 9 malam pada hari Jumaat, 6 November 2020.




#theMaskedSingerMalaysia

#finalTheMaskedSingerMalaysia




No comments:

Post a Comment