PERISA AIR VIRAL DI TEALIVE YANG RAMAI ORANG ORDER
Siapa yang suka viral-viral ni? Pantang orang share di media sosial, dan dan tu lah tekak teringin nak rasa! Ha angkat tangan cepat.
TEALIVE JADI PILIHAN ORANG RAMAI
Yeke, ramai yang sukakan Tealive? Sedap sangat ke Tealive berbanding perisa yang lain? Cuba korang jawab. Kalau diberi pilihan beli minuman berperisa, korang suka yang mana? Kalau tanya Cik Rose, sudah tentulah Starbucks. Hikhik.
Cik Rose jarang minum minuman yang ada boba-boba dan manis-manis. Sebabnya? Cik Rose ada masalah gigi hadapan. Sampai dah kena buat rawatan akar. Sakit uols gigi hadapan. Tak boleh kena makanan dan minuman manis, sejuk dan panas. Siksa rasanya. Tak boleh makan jagung terus gigit! Kena makan yang dalam cawan. Wakakaka.
Tapi, awal tahun 2020 Cik Rose dah dapatkan rawatan di Klinik Pergigian Kerajaan. Boleh baca pengalaman Cik Rose mendapatkan rawatan akar di entry di bawah :
PENGALAMAN BUAT RAWATAN AKAR GIGI
Cuma rawatan akar tersebut tak habis. Cik Rose pergi dua kali sahaja. Tergendala bila negara kita dikejutkan dengan Covid 19. Cik Rose sejenis yang takut waktu tu. Terus tak pergi dah temujanji di klinik.
Ok berbalik pada cerita Tealive. Terlencong ke cerita gigi pula kita ya. hihi.
ORDER TEALIVE MELALUI APLIKASI FOODPANDA
Di tempat kerja, tak berapa rajinlah dan keluar belu di kedai Tealive. Banyak delivery dah sekarang kan. Ada Foodpanda, Grab, dan Halo. Semuanya di hujung jari kan.
Kongsi dengan officemate. Kitorang order je melalui Foodpanda. Ada diskaun lagi. Alhamdulillah rezeki. Murah sikit dari pergi beli di kedainya kan.
Pilihan Cik Rose?
Iced choco latte
Tu pun puas tengok menu. Tak tahu nak pilih ape. Setelah di fikir-fikir, order iced choco latte. Kitorang berempat masa tu. Semuanya berlainan perisa.
Ada yang pilih Bang Bang Milk Tea Brown Sugar, Strawberry Smooties dan lagi satu yang ada oreo. Tak ingat pula namanya.
Untuk Iced Choco Latte ni, Cik Rose berpuas hati. Tak manis sangat. Sedap rasa coklat dan kopi yang ala-ala manjaah jer. Cuma, ais macam kuranglah. Yang lain ok sahaja.
Korang suka minum Tealive? Order perisa apa? Jom share dengan Cik Rose.
#Tealive
#Foodpanda
1 Comments
Anak-anak saya suka order, dan selalu offer kalau saya nak sekali. Saya geleng kepala saja. Kalau minuman sampai, sekali dua sedut jew tumpang minuman diorang.
ReplyDelete