Friday, November 20, 2020

PKPB DI SELURUH NEGERI KELANTAN BERMULA 21 NOVEMBER 2020 SEHINGGA 6 DISEMBER 2020

PKPB DI SELURUH NEGERI KELANTAN BERMULA 21 NOVEMBER 2020 SEHINGGA 6 DISEMBER 2020


Sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob mengumumkan dalam sidang media hariannya, PKPB akan mula dikuatkuasakan di Negeri Kelantan. 


PKPB di Negeri Kelantan akan bermula pada 21 November 2020 sehingga 06 Disember 2020.




Untuk makluman, PKPB di Negeri Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu ditamatkan pada 21 November 2020.


Namun terdapat beberapa daerah yang dikecualikan dari penamatan ini. 


Bagi Negeri Kedah, seluruh Daerah Kulim masih dalam PKPB. Manakala di Negeri Johor, daerah Kota Tinggi dan Mersing masih dalam PKPB. 



#pkpb

#covid19




1 comment:

  1. Mahu tak mahu kena terima juga, hadapilah dengan sabar. Kami di LD sudah berapa bulan berkurung di rumah sejak September.

    ReplyDelete