RESEPI KEK PADLE POP VIRAL AZLINA INA

RESEPI KEK PADLE POP VIRAL AZLINA INA 

Kek viral! Heboh sana sini orang bercerita mengenai kek yang disaluti cheese yang mewah dan berwarna -warni. Alahai sweetnya warna pastel yang menghiasi kek tu. 


Cik Rose sendiri tergoda bila gambar-gambar kek padle pop tu lalu lalang di timeline facebook. Kalau dekat, dah lama order. Nak buat, tak pandai. Hihi tak rajin uols. 


SUMBER GAMBAR : FACEBOOK AZLINA INA


Macam mana? Korang terliur tak tengok kek ni? Tengok pun dah tahu sedap. Mesti mewah rasa cheesenya. Ni baru satu contoh warna. Ada pula yang biat guna warna purple, peach, pink. Lagilah Cik Rose suka! 


BUAT SENDIRI KEK PADLE POP YANG VIRAL DI RUMAH


Ha,  macam biasa. Siapa lagi yang akan kongsi dan ajarkan buat cara kek secara details di facebook? Ya, tepat sekali.  Cikgu Azlina Ina. Ada yang panggil mak. Panggil Cikgu. Memang banyak resepi-resepi yang beliau kongsikan di facebook. Dan ramai yang berniaga dengan menggunakan resepi beliau. 





Jom Cik Rose kongsikan dengan korang resepi dan cara-cara membuat kek padle pop viral Azlina Ina ni. 


Cara -Cara buat Kek Padle Pop Viral Cheese yang sedap


Kek padle pop viral




Resepi kek. 

Kek vanila (Resepi tuk 10 bekas sekali)

5 biji telur

1 cawan gula halus

1sb ovalate

1sb creamy vanila(perisa ikut selera korang lah ya)

mix sebati sampai gebu


sementara tu ayak

2 cawan tepung gandum

1 sk baking powder

1sk soda bikarbonat






• Masuk kan dalam adunan telur tadi sikit-sikit sampai habis.

• Matikan mixer dan tambah 1/2 cawan minyak jagung

• Kacau rata

Kukus bekas sq 450 8-10 minit. 


• Bila dah siap belah kan 3 kek untuk letak di layer bekas yang kita akan transfer kan nanti. 


•Kek dia tak kisah korang nak guna kek apa


* Kali ini  mak guna base cakes vanila. Kek tak mempengaruhi rasa cuma bagi mak kek yang agak plain lagi sesuai sebab rasa cheese tadi dah sarat dengan macam-macam rasa.Kalau nak colour kan kek pun boleh saja.Ikut selera masing-masing.


* Kek nya korang nak bakar boleh, kukus boleh.Tapi bekas premium cun tu tak boleh nak kukus so mak kukus dalam sq 450 then transfer ke sana.


* Ok colour jangan lebih 4 nanti jadi caca merba ok. Samaada korang nak letak dalam adunan cheese tu creamy vanila 1 sb blend sekali atau korang bahagi kan colour baru letak perise beza-beza contoh ungu yam atau blubery, pink strawbery, kuning pisang , biru laici/plain cheese.





INGAT masa bubuh colour biar setitis-setitis sebab tak nak colour heavy sangat, nanti tak cantik.



RESEPI CHEESE 

1 cawan susu pekat/1/2 tin

1 cawan 1/2 whipping dairy

1 cawan susu segar (ikut cawan jadi korang tambah 1/2 cawan dulu, blend kalau pekat baru tambah lagi)


mix sebati/blender sebati


kalau korang blend tercair sikit, korang boleh masuk chiller 1 jam nanti dia pekat 


atau kalau terpekat sangat korang boleh tambah susu segar. Maklum la cawan kita kan tak sama kan.Tapi tak ada hal la mesti jadi!




SEBELUM DILOREKKAN



SELEPAS DILOREKKAN


BAHAN-BAHAN YANG CIKGU AZLINA INA GUNA UNTUK BUAT KEK PADLE POP VIRAL


Kalau nak sama, inilah bahan-bahan yang mak guna ya, nanti korang cari. 


cheese-dairyland/royal victoria/tatura

susu pekat-dairy champ

susu segar-dutch lady

whipping-royal victoria atau emborg






Selamat mencuba! 


Terima kasih cikgu Azlina Ina. Love you lah!







Post a Comment

6 Comments

  1. macam menarik je..tapi bnyk benor bahannya. nk tunggu satu2 tu bakar..alahai.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek cheese ni memang sedap..ada rasa macam ais krim, lapisan warna pastel tu sebenarnya krim cheese yang dah diletakkan flavour, cuma perlu simpan dalam fridge lepas letak cream cheese tu..basic kek dia boleh guna kek kukus vanilla..

      Delete
  2. Kalau akak mmg x gigih la nak buat ni....banyak betul step dia erk...

    ReplyDelete
  3. perghhh kaler dia ngancam tu.. tak pernah jumpa lgi kek ni..

    ReplyDelete