Resepi Mudah Sayur Campur Goreng.
Assalamualaikum.
Sayur campur memang jadi pilihan Cik Rose. Boleh guna pelbagai jenis sayur-sayuran. Campur sahaja. Ikut selera masing-masing.
Ada banyak versi sayur campur goreng yang Cik Rose dah cuba. Antara sayurnya ialah jagung muda, lobak merah, kobis bunga, cendawan, dan banyak lagi.
Kali ini, Cik Rose cuba sayur lain pula. Simple sahaja. Hanya guna dua jenis sayur sahaja. Maklumlah guna sahaja apa yang ada dalam peti ais. Cik Rose guna lobak merah dan brokoli.
Kali ini, Cik Rose campur sedikit sotong. Buat rasa-rasa.
Resepi Sayur Campur Goreng yang sangat senang dan sedap!
Bahan-bahan
Bawang putih
Bawang merah
Lobak merah
Brokoli
Sotong
Garam / serbuk perasa
Cara-cara
•Sotong tu, Cik Rose keringkan airnya dulu. Kemudian, Cik Rose toskan. Dan gunting bulat.
•Panaskan minyak. Tumiskan bawang. Biarkan bawang tu garing sikit.
•Terus masukkan lobak merah. Gaul rata.
•Masukkan sotong. Biarkan seketika.
•Terus masukkan brokoli. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kalau ada kiub ikan bilis, guna tu jer.
•Kacau-kacau sekejap je, terus angkat. Siap!
Makan dengan nasi boleh. Nak ratah gitu je pun boleh. Memang berseleralah. Kalau ada cendawan, jagung muda, lagi kick!
Cubalah sendiri. Sedap. Nak masak ni, simple-simple pum dah sedap. Tak payah cuba resepi yang banyak bahan dan rumit-rumit pun.
Kalau masak sambal ikan pekat-pekat, mesti Cik Rose lawankan dengan sayur goreng campur ni. Berselera jadinya.
3 Comments
sayur2 campur walaupun simple tapi sangat sedap..
ReplyDeleteantara menu pilihan kalau susah sngt fikir nak masak apa.
sedap tu...
ReplyDeleteMacam-macam boleh campur jenis sayur ikut selera. Warnanya pun menarik.
ReplyDelete