CLIFF UMAR JUARA GEGAR VAGANZA 7 (2020) | KEPUTUSAN PENUH GV7

CLIFF UMAR JUARA GEGAR VAGANZA 7 (2020) | KEPUTUSAN PENUH GV7

Berakhir sudah Konsert Akhir Gegar Vaganza 7(2020). Cliff Umar diumumkan sebagai juara GV7. Tahniah buat Cliff Umar! 


Ketujuh-tujuh peserta telah membuat persembahan dengan sehabis daya. Dan inilah hasilnya. Keputusan juri 100% ya. Tiada markah tambahan dari undian penonton.




Juara : Cliff Umar

Naib Juara : Muss

Tempat ketiga : Ayu Damit

Tempat ke empat : Noraniza Idris

Tempat ke lima : Linda Nanuwil

Tempat ke enam : Oja

Tempat ke tujuh : Ashira


Jadi, macam mana? Korang setuju ke tidak? Setuju tak setuju, maaf ya. Keputusan tak dapat diubah. 

Cik Rose suka keputusan malam ni. hihihi.



REVIEW CIK ROSE MENGENAI PERSEMBAHAN KONSERT FINAL GV7


Sejujurnya, Cik Rose tak berapa nak mengikuti perjalanan GV7 ni. Tengok konsert live GV, mesti tak habis.Kecundang di awal atau pertengahan konsert. Tak pasti kenapa. Faktor usiakah atau faktor aura GV7 yang kurang ummph?


Tak seperti zaman Zarul dan Naqiu join GV.  Yang tu memang Cik Rose follow rapat. hihi. 


Ashira

Cik Rose suka suara Ashira. Sedap. Baju Ashira lawa! Mengenai persembahan Ashira malam ni, Cik Rose suka beliau nyanyi lagu Wajah Kekasih. Tiba-tiba teringat drama Bidadari Kiriman Tuhan. Terbayang-bayang wajah Manja. Sedih. Lagu duet pula bersama Liza Hanim.


Cik Rose punyalah feeling kat rumah. Tapi part sia-sia tu hilang pula.  hihi. Lagu battle bersama Kak Ani. Lagu Eh nyanyian Zizi. Cik Rose suka. Kenapa dengar Ashira macam manjaahhh. ( sebut gaya Roxi ya) hihi. I like... Tahniah Ashira. 




Ayu

I love suara Ayu. Memang minat suara dia. Feeling habis kalau Ayu dapat lagu balada. Konsert akhir berduet pula dengan Naqiu. Lagilah I like.. hihi. Naqiu nyanyi ok, sedap. Yang penting Naqiu tak cuba tutup Ayu.  


Terbaik Ayu dan Naqiu. Battle song, lagu Ben Laden bersama Linda Nanuwil. Wow Ayu. Menyerlah. Best, best! 


Cliff Umar

Banyak pendapat mengenai Cliff Umar ni. Cara nyanyi macam tak nak nyanyi katanya. Itu pendapat oranglah. Cik Rose ok jer. Dengar beliau nyanyi, best ape. Ada gaya tersendirilah kiranya.  


Malam final, dapat lagu omputih (english song) duet bersama Noryn. Syok. Lagu solo pula lagu Nakal (kumpulan Gigi). Memanglah tak boleh lawan Arman, tuan punya lagu. Tapi, Cik Rose suka persembahan beliau tadi. Battle bersama Oja dan Muss. Okla. 


Linda Nanuwil

Ramai peminat Linda ni. Sekali tengok macam Fazura! Cantik. Setiap minggu konsisten. Bekas peserta Akademi Fantasia ini memang menyerlah.  Lagu-lagu yang disampaikan sedap telinga mendengar. 


Persembahan final? Ya,  seperti biasa, best. Persembahan lagu solo, Cik Rose suka. Lagu duet bersama Hady Mirza. Battle pula bersama Ayu. Best. 




Noraniza Idris

Wahh ada kontroversi rupanya yer. Cik Rose terlepas. Apa pun, tak naklah cakap bab kontroversi. Nak cerita tentang persembahan sahaja. Kita tahu genre Kak Ani adalah etnik kreatif. Tapi, dalam GV7, Kak Ani dah bawa pelbagai genre lagu. Ada dangdut, balada, rock dan lain-lain. 


Cik Rose suka beliau nyanyikan lagu Hutang (Floor 88). Bestlah. Lagu duet pula bersama Aishah, lagu 4 dara. Battle bersama Ashira. Ya, best! Tahniah Kak Ani.




Oja

Ramai yang tak sangka Oja ni melangkah ke final. Bukan sebab tak bagus tau. Tapi sebab mungkin Oja tak sepopular peserta GV7 yang lain.  Kalau nak tahu Oja mendapat markah tertinggi pada konsert semi final tau. Oja ni kiranya terbaiklah kan. 


Oja berduet bersama Siti Nordiana tadi. Sedap suaranya. Cuma lagu Jujur(Radja) tu tak berapa wow  pula. Mungkin Cik Rose terpengaruh dengan vokalis asal. Battle bersama Cliff Umar dan Muss. Lagu Nico. Biasa-biasa je. 


Muss

Otai. Ramai peminat Muss ni kan. Menyanyikan lagu Mencintaimu bersama Azharina. Lagu solo, Mentari Merak di ufuk timur. Baru terserlah persembahan Muss. Battle bersama Cliff Umar dan Oja. Juri jemputan, Joe Flizzow cakap best persembahan beliau. Kira bestlah kan. Cik Rose sebenarnya tak minat sangat lagu tu. hikhik. Jangan marah ya peminat Nico. Aku Nico nak cerita.... 


* Ini hanyalah pendapat peribadi ya. 





Final Gegar Vaganza dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, jam 9.00 malam. 


Final Gegar Vaganza boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria HD (104) serta boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go. 


Final Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan di bantu oleh juri jemputan. 


Final Gegar Vaganza menampilkan 7 orang peserta yang bakal berentap merebut kejuaraan. Finalis Gegar Vaganza yang bakal bergelar juara adalah Cliff Umar, Linda Nanuwil, Ashira, Oja, Muss, Ayu Damit dan Noraniza Idris. 






SENARAI LAGU FINAL GEGAR VAGANZA 2020 (Live di Astro Ria)


LAGU SOLO


1. Cliff Umar - Nakal (Gigi)

2. Noraniza Idris - Hutang (Floor 88)

3. Muss - Mentari Merak Di Ufuk Timur (Search)

4 . Ayu Damit - Bukan dia tapi aku (Judika)

5. Ashira - Wajah kekasih (Siti Nurhaliza)

6. Linda Nanuwil - One moment in time (Whitney Houston)

7. Oja - Jujur (Radja)



Lagu duet menyaksikan para peserta bakal bergandingan dengan bekas Juara-Juara Gegar Vaganza yang lalu. Antaranya ialah Siti Nordiana, Nawiu, Azharina, Ayai, Aishah, Noryn Aziz dan Hady Mirza. 



LAGU DUET (Bersama bekas Juara Gegar Vaganza)


1. Oja & Siti Nordiana - Di sana cinta di sini rindu

2. Linda Nanuwil & Hady Mirza - Terlanjur cinta

3. Ayu Damit & Naqiu - Memori tercipta

4. Muss & Azharina - Mencintaimu

5. Ashira & Liza Hanim - Beribu sesalan

6. Noraniza Idris & Aishah - Empat dara

7. Cliff Umar & Noryn Aziz - I'd do anything for love



LAGU SEGMEN BATTLE


1. Hikayat Ben Laden - Ben Laden

2. Eh - Zizi Kirana

3. Inilah nasibku - Nico




Senarai 14 Peserta GegarVaganza Musim Ketujuh Untuk Tahun 2020


Cliff Umar- (Projek Pistol)

Haslinda

Yantzen

Ashira

Nomad ( Nur Mohd Alieff Ayub )

Rozita Izlyn

Ayu Damit (Bekas Juara One In The Million)

Oja (Daninas Huza Daud)

Kumpulan Indigo ( Bad, Shah dan Zam)

Linda Nanuwil

Aju Success

Kumpulan EVA

Mus MAY

Noraniza Idris



Post a Comment

0 Comments