DRAMA GERAK KHAS THE FINAL EPISOD 1 - EPISOD 2 (FULL EPISODE)

DRAMA GERAK KHAS THE FINAL EPISOD 1 - EPISOD 2 (FULL EPISODE)


Biar benar? Gerak Khas akan disiarkan di TV3? Cik Rose pun macam percaya, tak percaya pada mulanya. Iyalah, kalau sebut drama Gerak Khas, kita mesti ingat RTM kan. 


Namun, kali ini siri drama Gerak Khas yang memasuki musim terakhir  bakal disiarkan di TV3! Ya, TV3 ya. Jangan tersalah saluran pula ya. Ia akan disiarkan bermula 4 Disember 2020(Jumaat ini), pada setiap Jumaat dan Sabtu pukul 10:30 malam. 


Siri penuh aksi sebanyak 26 episod ini diarahkan oleh C.Kumaresan, Faizal Yusof, Aziz M. Osman, Majed Saleh dan Iskandar Kamaludin.

 




JUDUL : GERAK KHAS THE FINALE


TARIKH TAYANGAN : 4 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat & Sabtu, 10:30 malam
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Datuk Yusof Haslam
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mushtaq, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Abby Abadi, C. Kumaresan, Sac Shaharon Anuar, Din Maidin, Farid Amirul, Z.Zambri, Siti Elizad, Dato Rahim Razali, Kismah Johar



Untuk info,  Gerak Khas pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai siri drama televisyen paling lama bersiaran di negara ini pada 2009 lalu.

Drama Gerak Khas The Finale bakal memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya. 


TONTON ONLINE DRAMA GERAK KHAS THE FINALE DI SALURAN iQiy


GERAK KHAS THE FINALE








1 comment:

  1. Gerak khas ni dari umur 4 tahun opah selalu betul buka jadi saya join tengok sampai sekarang dah 21 tahun pun saya terjebak lgi tengok 😅

    ReplyDelete

Powered by Blogger.