EPISOD AKHIR DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU (EPISOD 1 HINGGA EPISOD 15)

EPISOD AKHIR DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU  (EPISOD 1 HINGGA EPISOD 15)


Slot Samarinda terbaru  menyajikan drama terbaru berjudul Beri Sedikit Waktu.Drama Beri Sedikit Waktu ini akan menampilkan gandingan mantap Aqasha dan Zara Zya sebagai terajui utama. Wahh ramai yang ternanti-nanti lakonan Aqasha kan. Lama tak tengok Aqasha berlakon. Watak Aqasha selalu lelaki macho-macho gitu. 


Drama Beri Sedikit Waktu sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal lagi dua episod sahaja, iaitu episod 14 dan episod 15. Bagaimana pengakhiran drama ini? Sama-sama kita nantikan episod akhir Beri Sedikit Waktu.




Drama Beri Sedikit Waktu akan bersiar sebanyak 15 Episod penuh.


Cik Rose kongsikan sedikit info mengenai drama Beri Sedikit Waktu ini untuk korang. 


Judul Drama : BERI SEDIKIT WAKTU

Jumlah Episod Penuh  : 15 Episod

Tarikh Siar : 16 November 2020 (Isnin)

Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam

Siaran : Slot Samarinda TV3

Idea Asal : Insheera Nordin 

Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin 

Pengarah : Zamri Zakaria

Produksi : Suhan Movies & Trading

Senarai Pelakon Terlibat : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir

 



SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU


Beri Sedikit Waktu mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. 


Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. 


Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).


Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. 


Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. 


Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 


Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. 


Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. 


Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 


Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. 


Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. 


Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?





Senarai Watak Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu - Slot Samarinda TV3


Aqasha sebagai Imran

Zara Zya sebagai Hananiah

Shahz Jaszle sebagai Farhan

Farisha Irwayu sebagai Sofia

Man Raja Lawak sebagai Nasir

Rayyan Iman sebagai Lukman

Ain Sufia sebagai Elly

Ummar Dzariff sebagai Imran 

Aryana Amani sebagai Sofea 






Jangan lupa saksikan drama terbaru lakonan Aqasha dan Zara Zya, Beri Sedikit Waktu di TV3. 


Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode (Episode 1 - Episode 15 (Akhir)


Beri Sedikit Waktu Episod 1

Beri Sedikit Waktu Episod 2

Beri Sedikit Waktu Episod 3

Beri Sedikit Waktu Episod 4

Beri Sedikit Waktu Episod 5

Beri Sedikit Waktu Episod 6

Beri Sedikit Waktu Episod 7

Beri Sedikit Waktu Episod 8

Beri Sedikit Waktu Episod 9

Beri Sedikit Waktu Episod 10

Beri Sedikit Waktu Episod 11

Beri Sedikit Waktu Episod 12

Beri Sedikit Waktu Episod 13

Beri Sedikit Waktu Episod 14

Beri Sedikit Waktu Episod 15



Selamat menonton! Nantikan episod akhir Drama Beri Sedikit Waktu (Episod 15)




Post a Comment

0 Comments