LIRIK LAGU NURCINTA NYANYIAN AMIR MASDI (OST DRAMA ANDAI TIADA DIA)

LIRIK LAGU NURCINTA NYANYIAN AMIR MASDI (OST DRAMA ANDAI TIADA DIA). Lagu baru dari Amir Masdi berjudul Nurcinta. Sekali dengar, dah melekat pula di hati. Best! Lagu ni adalah OST bagi drama Andai Tiada Dia lakonan Ummi Nazeera dan Hisham Hamid. Lagu ni juga merupakan ciptaan bersama Amir Masdi dan Edry Abd. Halim. 



Lirik Lagu Nurcinta - Amir Masdi

 

Tiada luahan dapat ku ucapkan

Jika kau dah memilih dia

Tinggalkanku jadi kenangan

Berakhirnya jodoh kita

 

Tak guna di kejar yang bukan ku punya

Moga kau jumpa bahagia

Tinggalkanku sepi sendiri

Merenungkan janji lama

 

Kerana dah terlalu sayang

Kau ku sanggup lepaskan

Dan jika ku termuncul dalam rindu

Takkan kau terbayang khabarku

 

Pisahkanlah bulan dan mentari

Pisahkanlah bintang dari langit

Begitulah jiwaku gelita

Setelah kau benamkan kejora

Hatiku telah tiada nur cinta

 

Kerana dah terlalu sayang

Kau ku sanggup lepaskan

Dan jika ku termuncul dalam rindu

Takkan kau terbayang khabarku

 

Pisahkanlah bulan dan mentari

Pisahkanlah bintang dari langit

Begitulah jiwaku gelita

Setelah kau benamkan kejora

Hatiku telah tiada nur cinta

 

Begitulah jiwaku gelita

Setelah kau benamkan kejora

Hatiku telah tiada nur cinta

 

Penulis lirik : Amir Masdi dan Edry Abd. Halim

Komposer : Amir Masdi dan Edry Abd. Halim




Sinopsis Andai Tiada Dia


Mengisahkan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi tersebut, Suri memohon izin daripada Haikal untuk melakukan rawatan IVF, namun Haikal tidak berminat kerana sudah bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.

Namun, keadaan berubah apabila kematian Hisyam, abang kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kehadiran bayi ini menyentuh hati Suri yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, dalam kehidupan mereka mula merumitkan segalanya apabila Intan dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menambahkan lagi konflik dalam rumah tangga mereka.


Post a Comment

0 Comments