Saturday, December 19, 2020

Kumpulan Viral - Muzikal Lawak Superstar 2 (Minggu 1 FULL)

Kumpulan Viral - Muzikal Lawak Superstar 2 (Minggu 1 FULL)


Persembahan Kumpulan Viral mendapat 4 bintang dari juri tetap, Zul Ariffin! Best ke tidak persembahan Viral malam tadi? Untuk makluman, kumpulan Viral dianggotai oleh pelakon Roy Azman, Ali dan Mamak ( Kumpulan Puteh).


Ternyata kehadiran Roy Azman dalam kumpulan Viral adalah pilihan yang tepat! . Roy Azman memang terbaiklah. Lawak bersahaja dan pandai bawa diri gitu. 



Terbaiklah persembahan malam tadi. Kumpulan Viral mendapat latar tempat Negeri Johor. Mereka memilih plaza tol Johor Bahru sebagai latar tempat sketsa. Kejadian sekatan jalan raya, di mana terdapat sekatan untuk rentas negeri. Ali dan Mamak sebagai anggota Polis Trafik dan Roy Azman sebagai pengguna jalan raya. Sketsa bersahaja yang mencuit hati penonton. 




Tonton persembahan Viral Minggu 1 (Muzikal Lawak Superstar 2) 


https://youtu.be/7RTF5A0i7x8



BIODATA ROY AZMAN

Berikut dikongsikan maklumat latar belakang Roy Azman 





Nama : Zairosminan bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 30 Mei 1970 (umur 50)
Asal : Alor Setar, Kedah, 


SEDIKIT INFO MENGENAI PROGRAM MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KEDUA


Program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) di Astro Warna kembali untuk musim kedua bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9 malam mulai 18 Disember 2020 ini.


TONTON ONLINE MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Program yang sarat dengan gelak tawa ini juga boleh disaksikan menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.




Sebanyak 14 kumpulan yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular.


Senarai Penuh 14 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020


1. HEART - Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi

2. JAGO - Chot XOXO, Yus Skool, Fiza Thomas

3. VIRAL - Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman

4. ZOMBI - Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn

5. ABC - Chiwan Chilok, Cik B, Achok Chilok

6. GOJES - Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor

7. UNI - Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC

8. ZUZUZU - Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF

9. TERUNA - Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari

10. J-BORN - Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman

11. STAMP - Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura

12. MASHUK - Syuk, Achey Bocey, Mark Adam

13. LEKLU - Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo

14. PUPPET - Rul Puppet, Wan Puppet, Shariff Zero









PENGACARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Wahhh ramai yang menantikan kemunculan Elly Mazlein, atau lebih mesra dipanggil Kak Lina. 


JURI TETAP MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Datuk Awie akan menjadi juri tetap, bakal digandingkan dengan Fazura dan Zul Ariffin.


Format pemarkahan adalah 50% dari juri dan 50% dari undian peminat.


Selamat menonton Muzikal Lawak Supertar 2



#muzikallawaksuperstar

#MLS2


No comments:

Post a Comment