MAKAN MALAM DI WARUNG TOMYAM KELAPA MUDA (PARIT BESAR BATU PAHAT)

MAKAN MALAM DI WARUNG TOMYAM KELAPA MUDA (PARIT BESAR BATU PAHAT)


Makan malam bersama yang tersayang, di mana-mana pun sedap je rasa makanannya kan. Chia chia chia. Ok, sesekali makan malam di luar kan. Dok fikir nak makan kat mana. Nak makan apa. 


Baru-baru ni, Cik Rose keluar beli barang sedikit dengan suami. Then, suami singgah satu kedai ni. Eh eh Warung Tomyam Kelapa Muda! 


Cik Rose memang tak pernah makan di Warung Tomyam Kelapa Muda. Selalu dengar kawan-kawan cerita yang tomyam di kedai ni sedap. Bila suami singgah sini, excitedlah nak mencuba tomyam kan. 


Warung Tomyam Kelapa Muda nama kedai di beri. Terletak di Parit Besar, Batu Pahat, Johor. Korang boleh waze sahaja 'Warung Tomyam Kelapa Muda' ya. 


Sesampainya di kedai, wahh cantik susun aturnya. Sejuk mata memandang. Ada ruangan ala -ala pondok, cantik. Berseleralah makan. Santai sahaja. 


Makan apa di Warung Tomyam Kelapa Muda? 


Cik Rose memilih tomyam kelapa muda, telur dadar dan nasi putih. Istimewanya, tomyam dihidangkan dalam buah kelapa muda. Ada isi kelapa dalam tomyam! I like it. Sedap tau. Isinya pun banyak. Ada ayam, udang, sotong, kupang. Aih puas hatilah. 


Suami pula memilih nasi goreng gearbox. Nasi goreng gearbox ini disertakan juga semangkuk kecil tomyam. Sedap nasi gorengnya. 





Air pula, kami memesan jus oren. Barulah ada ummphh kan. Persembahan hidangan memang terbaiklah. Layanan juga mesra dan pantas. Memang puas hati.  


Terdapat juga kuih muih tradisional di sini. Selain itu, makanan ala Thai juga ada. Kalau berkunjung lagi ke sini, bolehlah Cik Rose cuba. 





Bab makanan ni, lain orang lain citarasa. Sedap di tekak Cik Rose. Tak pasti bagaimana di tekak anda. Kalau nak tahu sedap ke tidak, kenalah datang. Rasa sendiri, kan. 


Di Batu Pahat ni, ada banyak sangat tempat makan yang best tau. Belum cerita bab nasi beriani lagi ni. Ada banyak kedai yang best-best! 



Sekian cerita makan best di Batu Pahat. Entry akan datang, kita cerita tempat makan yang lain pulak. Jomlah datang ke Batu Pahat. 


Post a Comment

0 Comments