PETUA UNTUK HILANGKAN MIGRAIN

Petua hilangkan migrain, ramai yang berkongsi. Berkesan ke jika diamalkan petua-petua tersebut. Jika kita lihat di media sosial, memang banyak. Hanya yang pernah mencuba sahaja yang tahu berkesan atau tidak. 


Migrain, sakit kepala yang bagaimana? Jangan terkeliru dengan menganggap semua sakit kepala adalah migrain. 


Ada sakit kepala kerana stress, sinus atau penyakit lain. Jangan terus diagnos sendiri, sakit kepala kita adalah migrain. 


Migrain tu apa? 

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara langsung, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Ya, sebelah sahaja. 


Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut iaitu pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.


Antara punca migrain adalah stress atau tekanan, pengambilan alkohol, makanan (seperti coklat, keju, kopi dan teh) ,tidak cukup tidur, perubahan hormon ketika haid, dan tabiat merokok.




Petua untuk hilangkan migrain berkait rapat dengan punca migrain itu sendiri. Petua-petua yang boleh kita amalkan ialah tidur dan rehat secukupnya. Pentingnya tidur yang berkualiti. 

Selain itu, cuba elakkan makanan yang masin,makanan berkeju dan makanan yang diproses. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Petua yang lain adalah elakkan minuman tinggi kafein, elakkan stress dan rajinkan diri bersenam.
 


Jenis-jenis Migrain

Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).

Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.

Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.

Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.


Jika anda mengalami migrain dengan kadar yang kerap dan berulang, pergilah dapatkan rawatan di klinik. Jangan ambil mudah. 



Post a Comment

0 Comments