RESEPI KEK KAYANGAN HERSHEYS VIRAL AZLINA INA

RESEPI KEK KAYANGAN HERSHEYS VIRAL AZLINA INA

Siapa yang tak kenal dengan nama Azlina Ina. Beliau buat kek, jual kek dan berkongsi resepi kek. Ramai yang dah cuba resepi-resepi yang dikongsi. Memang menjadi. 

Walau ramai yang telah mencuba resepinya, kedai bakerynya tetap penuh diserbu. hihi. Nak rasa air tangan beliau. 

Baru- baru ni viral kek kayangan hersheys pula. Wahhh sedapnya nampak. Dengan limpahan cheese dan curahan coklat Hersheys. Kenapa jauh sangat kedainya ni. Teringin nak rasa. 



Kek Kayangan Hersheys ni dijual dengan harga RM25 sebekas. Harga kayangan sangat kan. hihi. Tapi, berbaloilah bila tengok hasilnya tu. 


Jom kita tengok resepi dan cara membuat kek kayangan Hersheys ni. 


Resepi Kek kayangan Hersheys 


Kek mana-mana resepi coklat moist. Tak kisah korang nak cuba resepi yang mana. Nak sedap, buatlah kek coklat yang lembab dan padu rasa coklatnya.  


Mari belajar bancuhan cream cheese dulu ya. 


Anggaran bahan di bawah ini adalah untuk 15-20bekas


Cream 1

500gm cream cheese

1cwn 1/2 whipping dairy

1cwn susu pekat

1cwn susu segar

3sb horlick

2sb brown sugar syrup


Masuk semua mix sebati ya.

Dah siap cream cheese 1 tadi,

Siapkan cream yang ke 2,


Cream 2

500gm cream cheese

1cwn susu segar

1cwn 1/2 whipping dairy

3sb nutella

1sb emulco coklat


Mix sebati

Dah siap 2 bahagian, tuang dalam bekas

Kek tadi dah di dasar bekas tuangkan cream putih

Letak kek lagi yang dipotong dua tadi tu.

Tuang cream coklat pula

Tuang putih tengahnya mcm ni.

Tuang hersheys pula .

Lorekkan dan tabur coklat flakes dan juga serbuk horlick di tengah-tengah. Ok dah siap.


Sedap dia meresap dalam mulut terus ke hati. Nyummy!





Cik Rose suka coklat! Siapa jual kek ni? Alahai sedapnya. Nak buat sendiri? Memang tidaklah kalau setakat nak rasa sikit. hihi.  

Selamat mencuba!

 

Post a Comment

0 Comments