SINOPSIS DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU LAKONAN NABILA RAZALI DAN AIMAN HAKIM RIDZA DI ASTRO RIA

SINOPSIS DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU LAKONAN NABILA RAZALI DAN AIMAN HAKIM RIDZA DI ASTRO RIA 




Drama terbaru yang akan menggantikan drama Perempuan Tanpa Dosa yang telah berakhir pada 30 November 2020. 


Drama Biar Mereka Cemburu lakonan Nabila Razali dan Aiman Hakim Ridza ini akan mula bersiaran pada hari Selasa, 1 Disember 2020, jam 10 malam. 


Ramai ke yang menanti kehadiran drama ini? Nabila Razali mempunyai peminat yang tersendiri dalam bidang lakonan. Semua juga pasti tahu yang Aiman Hakim Ridza telah terbang ke Australia bersama isteri tercinta, Zahirah Macwilson yang akan melahirkan anak di sana bersama ibunya. 


Drama ini adalah adaptasi dari sebuah novel karya Anuar Darwisy. 






INFO DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU DI ASTRO RIA

JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU

TARIKH TAYANGAN : 1 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha



WATAK DAN BARISAN PELAKON BIAR MEREKA CEMBURU

Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha






SINOPSIS PENUH BIAR MEREKA CEMBURU


Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. 

Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. 

Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. 

Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. 

Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. 



TONTON FULL EPISODE DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU (EPISOD 1 HINGGA EPISOD 13) DI ASTRO RIA, JAM 10 MALAM, ISNIN HINGGA KHAMIS. 



1 comment:

  1. rasanya Nabila mmg sesuai berlakon lagi..
    elok je bolehla tngk hehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.