SYARAT PENGELUARAN i-Sinar KWSP HANYA UNTUK AHLI KWSP YANG TERJEJAS.
Sejak diumumkan melalui siri bahas Bajet 2021 di Parlimen, ramai yang ternanti-nanti berita baik mengenai i-Sinar KWSP ini.
Umum mengetahui ramai yang terjejas dengan keadaan sekarang ini. Namun, tahap terjejas itu tidak boleh diukur melalui kertas sahaja! Ada yang tidak mengalami pengurangan gaji, namun perbelanjaan tanggungan bertambah.
Kenapa bertambah? Ada banyak faktor. Faktor kos perubatan,faktor peningkatan perbelanjaan harian di mana sekolah yang tidak dibuka ,berkerja dari rumah (work from home), faktor tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang kehilangan perkerjaan dan lain -lain.
Jika dilihat secara luaran atau kasar, golongan ini memang tidak mengalami pengurangan gaji di dalam penyata gaji. Namun, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
PENGUMUMAN KWSP MENGENAI i-Sinar PADA 2 DISEMBER 2020 (Rabu)
Oleh kerana itu, ramai yang berharap i-Sinar ini akan membawa sinar harapan kepada mereka. Ramai yang berharap KWSP akan mengumumkan khabar baik pada Rabu, 2 Disember 2020.
Ku sangka panas hingga ke petang. Namun, hujan di tengahari! Ku sangka i-Sinar akan membawa sinar. Rupanya malap sahaja jalannya.
Ternyata pengumuman pihak KWSP sebentar tadi mencetuskan ketidakpuas hati masyarakat. Rata-rata meninggalkan komen di page-page berita dengan nada marah, sedih dan kecewa.
Kenapa ramai yang kecewa dengan pengumuman KWSP ini? Adakah ia tidak senada dengan janji yang dibuat di Parlimen pada siri bahas Bajet 2021 yang lepas?
Jom kita tengok Syarat-syarat pengeluaran i-Sinar KWSP. Siapa yang boleh memohon dan apa kriteria-kriterianya.
Siapa yang boleh memohon iSinar?
- Ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang dari RM 100,000.
- Jumlah pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM 10,000.
- Bayaran bulan pertama - Maksimum RM 5,000.
- Jangka masa pembayaran sehingga 6 Bulan.
Ada dua kategori yang layak memohon pengeluaran i-Sinar ini.
KATEGORI 1
Ahli yang berkerja di sektor formal, yang berkerja sendiri, yang berkerja dalam sektor
ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilag perkerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria bagi permohonan kategori 1 ini adalah seperti berikut :
* Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan.
*Ahli yang masih berkerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Permohonan dibuka bermula 21 Disember 2020 dan dokumen sokongan TIDAK DIPERLUKAN .
CARA MOHON i-Sinar bagi kategori 1
Mohon secara atas talian di isinar.kwsp.gov.my
Pembayaran untuk ahli yang layak bermula pertengahan Januari 2021.
KATEGORI 2
Ahli yang masih berkerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas(termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020. Pengurangan hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Dokumen sokongan yang diperlukan bagi Kategori 2 :
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan.
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen ini tidak dapat diberikan, penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
Boleh mohon mulai 11 Januari 2021.
TEMPOH KELULUSAN i-Sinar
Dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
JUMLAH KELAYAKAN i-Sinar
a) Ahli yang ada baki RM 100,000 dan ke bawah dalam akaun 1 boleh keluarkan jumlah maksimum RM 10,000. Pembayaran secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama adalah sehingga RM 5,000.
b) Ahli yang ada baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun 1, boleh buat pengeluaran maksimum 10% atau RM 60,000(mana yang lebih rendah) daripada akaun 1. Pembayaran secara berperingkat dalam tempoh maksimum dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama adalah RM 10,000.
TIPS KELANCARAN URUSAN PERMOHONAN i-Sinar
- Telah mendaftar i-Akaun
- Nombor telefon bimbit telah dikemaskini di kiosk atau cawangan KWSP
- Akaun bank adalah aktif
PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA!
#ISINAR
#KWSP
0 Comments