DRAMA BOUGAINVILLEA EPISOD 1 DI TV3

DRAMA BOUGAINVILLEA EPISOD 1  DI TV3. Drama bersiri Bougainvillea menampilkan gandingan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana. Drama ini adalah arahan Ayie Mustafa, terbitan Sha's Media Sdn Bhd. Disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 28 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. 





INFO DRAMA BOUGAINVILLEA

JUDUL : BOUGAINVILLEA

EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASALL : Raja Azidah 
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah



WATAK PELAKON BOUGAINVILLEA

Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie 
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief





TONTON ONLINE DRAMA BOUGAINVILLEA DI APLIKASI IQIYI


Drama Bougainvillea juga boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI dan www.iQ.com


Episod 1 Bougainvillea

https://www.iq.com/play/1pm7wfb2p1t?&lang=ms_my&sh_pltf=4



LAGU TEMA (OST) BOUGAINVILLEA
Boneka - Ernie Zakri 

LIRIK LAGU BONEKA - ERNIE ZAKRI

Aku bukan mainan
'Tuk kau permainkan
Sesuka hatimu sahaja
Aku bukan wanita
Yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan (engkau mahukan)
Sesungguhnya aku tak sanggup (tak sanggup)
Sudah cukup (sudah cukup)
Tak perlu kau terus membunuhku



SINOPSIS DRAMA BOUGAINVILLEA

Kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. 




Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka.

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. 

Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.


No comments:

Powered by Blogger.