Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan dan cara membuatnya yang mudah gerenti menjadi!

Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan dan cara membuatnya yang mudah gerenti menjadi! 

Assalamualaikum. Baru-baru ni, Cik Rose ada ternampak satu perkongsian resepi di facebook. Dari gambarnya, Cik Rose dapat bayangkan ianya sedap. Alahai, teringinnya. Apalagi, terus share dan parking di facebook sendiri. 


Nak buat sendiri? Tak ada ovenlah. Kalau ada oven pun, belum tentu rajin nak buat. Dok fikir menjadi ke tak, kan? Kang membazir jer. 


Beberapa hari kemudian, ada seorang teman Cik Rose yang mencuba! Wah wah... Syoknya bila dapat tau dia nak cuba. Ehem ehem, nak rasa! 


Tadaaa inilah dia hasilnya! Macam mana? Tergoda tak korang? 




Thank you, teman. Sudi bagi Cik Rose rasa. Terharu.  I like! Kek coklat ada kekacang ni. Ditambah pula ada pisang. Nyaman je rasa. Bilalah nak cuba buat sendiri agaknya ni ya. hihi. 


Memang sedap korang! Rasa coklatnya sebati dengan rasa pisang, ditambah pula dengan kesedapan walnut. Bila bersatu, emm sedap. Kek ni lembut pula tu. Makan gitu pun dah sedap, cuba korang bayangkan kalau kita tambah aiskrim vanilla. Wahhhh hebat ya selera! 


Cuba sendiri resepi viral di facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN)


Dan resepi di facebook tu betul, ya. Korang boleh cuba sendiri. Terima kasih kepada empunya resepi ni. Nanti Cik Rose bagitahu nama empunya resepi kek ni. Terbaiklah. 




Ok, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sendiri kek pisang coklat kayangan ni. Dan juga cara-caranya step by step. Boleh ikut sebiji-sebiji, gerenti jadi katanya! Belum cuba, belum tahu kan. Dah cuba, puas hati, perut pun keriangan. hihi. 


RESEPI KEK COKLAT PISANG KLUSTER KAYANGAN (SUMBER FACEBOOK RUSHDI LAZIM)


Bahan-bahan Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan 


4 biji pisang masak


120 gram gula perang


115 gram butter ( cairkan)


120 gram buttermilk ( caranya ambil setengah cawan susu fresh + setengah sudu cuka makan) biarkan. 


Esen vanilla



Bahan kering


160 gram tepung gandum


25 gram serbuk koko


1 sudu teh baking powder


1/2 sudu teh baking soda


1/2 sudu teh garam


80 gram belgian callebaut choc


30 gram walnut (lebih pun boleh)



Topping


Sedikit belgian callebaut chocolate dan walnut





Jom buat sendiri kek pisang coklat ni, puas hati tau! 


Cara-cara untuk membuat kek pisang coklat kayangan :


1. Cairkan butter dahulu. 


2. Kemudian, lenyek pisang hingga lumat. 



3. Masukkan gula perang. Kemudian,  boleh masukkan butter yang dah dicairkan awal tadi. 


4. Lepas tu, boleh masukkan bancuhan buttermilk yang dah kita buat tadi. 


5. Masukkan pula bahan kering. Gaul ya. 


6. Masukkan coklat belgian callebaut dan walnut. Kacau sampai sebati. Kalau nak letak kekacang lain pun boleh ya. Ikut citarasa korang. Macam badam ke, kacang pecan ke, kacang tanah ke. Terserah ya. 


7. Masukkan dalam loyang. Lapik dengan kertas baking atau kertas minyak, dan jangan lupa oles loyang dengan butter/minyak/shortening. 


8. Kemudian, bolehlah taburkan coklat dan walnut lagi atas kek tu. Meriah sikit! Oh ya, korang boleh salut choc dan walnut tu dengan tepung sikit ye. Supaya tak adalah dia tenggelam dalam kek nanti. Dia duduk elok ke atas kek bila dah masak nanti. 


9. Bakar pada suhu 150'° ke 160'° dalam 40 minit ke 45 minit. Ikut kesesuaian oven masing-masing. 




Sumber : Hasil nukilan Rushdi Lazim dalam page facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) 






Selamat mencuba ya. Resepi viral di bulan Januari 2021. Resepi PKP kah? 

Banyak resepi yang viral di media sosial. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Jangan cepat mengalah. hihi. 

Pesanan untuk teman itu, terima kasih sudi memberi rasa.  Nanti kalau cuba lagi resepi baru, jangan lupakan kita ya. hihi. Terima kasih dan keladi. 





















1 comment:

Powered by Blogger.